Header Ads

Header ADS

SPRM kaji unsur rasuah dalam 101 projek didakwa runding terus


PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan kajian menyeluruh bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa berhubung 101 projek dikatakan berjumlah RM6.6 bilion yang diberi secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas.

“SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Badan anti-rasuah itu menggesa semua pihak memberikan ruang kepadanya untuk meneliti perkara berkenaan.

“SPRM mengesahkan menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu pemberian 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, melaporkan kepada Dewan Rakyat terdapat 101 projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas, mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen.

Pakatan Harapan hari ini mencabar kerajaan mendedahkan 101 projek tersebut, termasuk syarikat mana yang berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus, manakala PAS juga menggesa kerajaan senaraikan semua projek runding terus yang diluluskan, termasuk kos projek dan kontraktor yang memperolehinya, untuk tatapan umum.

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Tan Sri Vincent Tan dan keluarga Lim.

    Drag them to court. Tun M dan family.

    BalasPadam
  2. Itu lah sebenarnya ciri2 pakatan hancing. Penipu, putar belit, pemfitnah,,tetapi bersembunyi disebalik lakonan suci babi2 dap seperti lge,lks,dan juak2 mereka. Mereka pula dibantu pecacai2 setia nereka dari kalangan pan dan pkr. Nadib baik kerajaan ph ini tumbang hasil kesedaran pas dan umno bentuk MN, kesedaran pimpinan ppbm yg diterajui yb PM tsmy dan beberapa rakan dari sabah dan sarawak. Jika tidak,,alamat jahanam negara.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.