Header Ads

ads header

Flash News

Khalid: Tak bertanggungjawab belanja ribuan ringgit jamu ahli parlimen

Tidak bertanggungjawab jika benar ada orang kenamaan menghadiri jamuan tengah hari dengan nilai lebih RM 6,000, kata Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Mengakui tidak dapat memastikan kesahihan laporan tersebut, Khalid berkata, dia berpendapat langkah berkenaan - jika memang berlaku - adalah sangat tidak wajar.

“Saya pun tak tahu betul atau tak betul, sebab kita tak nampak laporan kewangan (mengenainya). Ya atau tidak ia dibayar (ditaja) pihak oleh kementerian atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Sama ada bilnya sampai RM6,000 atau RM10,000 kita pun tak tahu.

“Tetapi sekiranya ia benar maka memang satu tindakan yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam sesi wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di Shah Alam hari ini.

Semalam tular beberapa gambar menunjukkan sejumlah ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) serta Speaker Dewan Rakyat menikmati hidangan makan tengah hari dengan menu yang didakwa bernilai ribuan ringgit.

Ia kemudian dibangkitkan Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran, melalui sidang medianya di luar Dewan Rakyat. 

Rasa macam tak lama

Hidangan yang disediakan untuk mereka - dengan nilai sekurang-kurangnya RM6,525 - ialah udang galah berharga RM2,785, ikan kerai goreng (RM1,950), ayam kampung goreng (RM560), gulai patin tempoyak (RM980), ulam dan sambal (RM75) dan sayur campur (RM175).

Antara pemimpin PN yang hadir pada jamuan itu ialah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Anggota Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim, Shahidan Kassim (Arau), Mahdzir Khalid (Padang Terap), dan Azmin Ali (Gombak).

Tidak ketinggalan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Tapi bagaimana dengan Makan zaman PH sebelum ini?


MR : Tak nampak makanan di atas itu makan mewah, tapi kalau di bawah tu ada nampak macam membazir aje   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan