Header Ads

ads header

Flash News

SPRM tahan Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut

PUTRAJAYA: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi.

Lim, yang juga ahli Parlimen Bagan, dipanggil oleh SPRM beberapa kali dalam beberapa minggu ini berhubung siasatan ke atas projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan lebuh raya bernilai berbilion ringgit.

Terdahulu kenderaan membawa beliau tiba di ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 9.10 malam.

Bulan lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan ke atas projek RM6.3 bilion itu adalah berkaitan dakwaan pengubahan wang.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah antara beberapa pemimpin negeri yang dipanggil untuk diambil keterangan oleh agensi pencegahan rasuah itu.

Beliau bakal didakwa 3 kali di mahkamah bermula esok dan pada 10 dan ‪11 Ogos.‬

Lim akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada jam 9 ‪pagi esok‬ di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada peguam negara bagi menuduh bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,” kata SPRM dalam kenyataan malam ini.

Beliau juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang ‪pada jam 9‬ ‪pagi ‬10 Ogos‬ di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang,” katanya.

SPRM juga mendapat izin daripada peguam negara untuk mendakwa Lim bagi kes lain ‪pada 11 Ogos‬ di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Pendakwaan akan dibuat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.



#Sumber : FMT    

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan: