Header Ads

ads header

Flash News

KJ masih berminat dan mengharap dengan kerusi Rembau


Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin sedia berbincang secara “adik-beradik” dengan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung isu calon kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Perkara ini boleh dibincangkan kerana Mohamad dan saya daripada bahagian yang sama iaitu beliau merupakan Ketua Umno Bahagian Rembau manakala saya pula timbalan Umno Bahagian Rembau.

"Jadi biarlah kita berbincang dalam konteks 'adik-beradik' Rembau sebelum membuat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita semasa makan tengah hari bersama jentera Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Besout 2 di Tanjung Malim, hari ini.

Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Mohd Zaidi Aziz.

Khairy yang juga menteri sains, teknologi dan inovasi mengulas kenyataan Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau ketika merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Sri Kota pada 8 Ogos lepas yang mengumumkan akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15 kelak.



MR :  Cara Tok Mat nasihatkan KJ dalam politik hebat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Ikut resam la kj,,ketua bahagian yg sepatutnya diberi keoercayaan dsn kesetiaan..tak payah bincang apa lagi. Sebaiknya kj patut kata,,saya ikut ketua bahagian saya putuskan bagaimana...

    BalasPadam