Header Ads

ads header

Flash News

Rina Harun menang tanpa bertanding ketua Wanita Bersatu


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wanita (Srikandi) Bersatu, maklum Jawatankuasa Pemilihan Bersatu.

Kemenangan Rina ini difahamkan selepas tiga pencabarnya hilang kelayakan berikutan keahlian parti mereka digugurkan.

Rina sebelum ini dicabar Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Azlina Mehtab Mohd Ishak dan Timbalan Ketua Penerangan Srikandi, Datin Iza Ismail serta Ketua Srikandi Kuala Langat, Zuhuraina Makmur.

Sementara itu, Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah Mas Ermiyanti Samsudin pula menang jawatan naib ketua Srikandi dengan mendapat 10,079 undi.

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dipilih sebagai ketua Pemuda Bersatu (Armada), dalam pemilihan semalam.

Dia menewaskan pesaing tunggalnya, Muzzammil Ismail yang merupakan exco Armada.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Syed Hamid Albar (gambar bawah) dalam kenyataan semalam.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan presiden Bersatu, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu pada pemilihan parti.

Turut menang tanpa bertanding (tidak rasmi) timbalan presiden adalah Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, yang juga menjadi calon tunggal jawatan tersebut.

Bagaimanapun Pengerusi JPP Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, pengumuman secara rasmi mengenai keputusan pemilihan itu dijangka akan dibuat selepas selesai semua mesyuarat Bahagian Bersatu pada bulan ini.

Semua pemimpin Bersatu ini akan menggalas jawatan Bersatu bagi penggal perkhidmatan 2020 ke 2022.

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan