Header Ads

ads header

Flash News

Kluster Sivagangga Merebak Lebih Cepat, Kini Sudah Merentasi Sempadan Negeri

Kes penularan tempatan sepanjang minggu ini didominasi Kluster PUI (Pesakit Bawah Siasatan) Sivagangga yang pertama kali dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 28 Julai lepas.

Kluster Sivagangga berkemungkinan besar ‘Super Spreader’

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji kemungkinan negara berdepan kluster super spreader atau perebak utama iaitu keadaan di mana seorang individu berupaya menjangkiti ramai orang.

Ia berikutan Kluster PUI Sivagangga merebak dengan pantas sejak ia mulai dikesan, berbanding dengan sembilan kluster lain di Sarawak.

Kes indeks kluster ini adalah pemastautin tetap yang kembali dari India pada 13 Julai dan beliau (pemilik kedai makan) di Kedah, pernah tular dalam media sosial kerana melanggar peraturan kuarantin.

Menurut kenyataan Dr Noor Hisham Abdullah, kajian sedang dijalankan sama ada Malaysia sedang berdepan kluster genome 614 (G614) iaitu kluster super spreader yang dimaklumkan KKM dari Mesir dan Pakistan.

“Besar kemungkinan ini mungkin satu kluster ‘super spreader’ tetapi kita perlu menjalankan kajian teliti. Kita akan kulturkan virus itu di makmal dan lihat kepada jujukan genom virus yang menjangkiti Kluster PUI Sivagangga,” katanya.

Kluster Sivagangga Merebak Cepat Negeri
Sumber: mStar

Kluster Sivaganggan merebak ke Perlis

Perlis mencatatkan 10 kes baharu positif COVID-19 yang membabitkan sebuah keluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Sanglang yang mempunyai kaitan dengan kluster PUI Sivagangga di Napoh, Kubang Pasu.

Susulan itu, Perlis mempertimbangkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan tertentu jika jumlah kes COVID-19, di negeri itu mencatatkan penambahan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man meminta penduduk di Sanglang dan sekitar kawasan berkenaan bersedia dari segi mental dan fizikal sekiranya TEMCO dilaksanakan.

Manakala keputusan untuk menutup dua sekolah terbabit belum diputuskan dan hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Sebuah surau di Shah Alam diarah tutup

Semua operasi surau termasuk solat dan aktiviti pengimarahan di surau Al-Jannah Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta.

Langkah itu diambil susulan salah seorang jemaah surau itu dikesan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 berkaitan Kluster Sivagangga, menurut JAIS.


#Sumber : BH, Awani   

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan