Header Ads

ads header

Flash News

Tubuhkan Rci Untuk Buang Prasangka Dan Pertahan Kesucian Tabung Haji

Kerajaan hendaklah segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ke atas Tabung Haji untuk mengelak prasangka buruk umat Islam terhadap pengurusan dan kesuciannya.

Selama ini masih ada umat Islam yang termakan dengan tuduhan bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Mujahid Yusuf Rawa, bahawa BN telah gagal menguruskan dana badan itu mengikut lunas Islam, sehingga hibahnya dikatakan tidak halal.

Malahan ada yang menuduh pengurusan dana TH pada zaman BN adalah sama dengan ‘skim cepat kaya Pak Man Telo’.

Fitnah sedemikian amat melukakan hati dan mencabul kepercayaan pencarum TH, kerana ia melibatkan soal ibadah atas perintah Allah.

Selain itu, hanya RCI yang dapat membongkarkan skandal rasuah jika ada, apabila aset TH dijual wewenangnya dengan harga di bawah pasaran.

Anehnya pemimpin seperti Mujahid masih gah mendabik dada bahawa dia berada pada landasan yang benar, sedangkan pihak yang berilmu tentang perbankan Islam, seperti Datok Dr Asraf Wajdi Dusuki tetap mempersoalkan penyelewengan pengurusan aset TH pada era PH.

DS Abdul Azeez Abdul Rahim sendiri, yang merupakan Pengerusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan TH pada era BN, mendesak supaya RCI ditubuhkan untuk melawan fitnah dan mendedahkan kepincangan golongan yang memusnahkan harta TH.

Lantas mengapakah Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad masih berdolak-dalik untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat dan membongkarkan pembohongan dan menegakkan kebenaran?

Malahan DS Abdul Azeez mendedahkan bahawa cadangan penubuhan RCI TH telah dicanang semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) lagi untuk menyiasat secara telus dan menjawab segala dakwaan berkaitan institusi kewangan umat Islam tersebut.

DS Anwar Ibrahim sendiri telah menggesa PM, TS Muhyiddin Yassin agar mewujudkan RCI bagi meleraikan kemelut tuduhan Mujahid yang membangkitkan prasangka buruk dalam kalangan umat Islam serta keyakinan terhadap TH sebagai institusi kewangan bagi mereka menabung untuk menunaikan fardu Haji.

DS Ahmad Maslan pula mempersoalkan kemusykilan mengapakah PH tidak membentangkan laporan kewangan TH sepanjang mereka menerajui kerajaan pada 2018 dan 2019 yang dilihat melanggar Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 serta Seksyen 5, 7, 8, 9 Akta Badan-Badan Berkanun (Akta 240)? 

Persoalan utama ialah adakah kedudukan kewangan TH telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara (JAN) dan dibentangkan di parlimen sebagaimana lazimnya ketika BN berkuasa?

Bagaimanakah Mujahid boleh umumkan hibah apabila akaun tidak diaudit? Sekali gus ia bertentangan dengan Akta 22 TH.

Datuk Dr. Asyraf Wajdi juga turut menggesa agar diwujudkan RCI untuk memperbetulkan fitnah PH, terutamanya dakwaan Mujahid bahawa telah berlaku penyelewengan dalam TH ketika BN berkuasa.

Sebaliknya PH telah menangguk di air keruh dengan sedemikian banyaknya jualan lambak ke atas 76.2 peratus tanah ladang milik TH Plantations dengan harga di bawah nilai pasaran kepada kroni-kroni mereka.

Tanah ladang tersebut tidak termasuk aset-aset hartanah Tabung Haji bernilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

Anehnya sehingga kini tidak ada satupun tuduhan penyelewengan TH pada era BN yang dibawa oleh PH ke mahkamah.

Pastinya RCI itu juga boleh menyiasat termasuk penjualan tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel-hotel milik TH di seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan dana TH.

Kecemerlangan TH bukan sahaja diiktiraf oleh dunia malah prestasi kewangan yang memberangsangkan sehingga membolehkan pencarum berkongsi hibah dan bonus secara purata tidak kurang daripada 6.25 % setiap tahun setelah ditolak zakat 2.5 %.

Anehnya apabila PH memerintah, TH hanya mengeluarkan hibah sebanyak 1.25% tanpa ada pembentangan laporan kewangan di parlimen.

Apakah sebenarnya muslihat Mujahid sebagai Menteri Agama yang bertanggungjawab ke atas TH ketika PH memerintah?

Sebab itulah, apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal, defisit yang melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik yang mencabar kesucian TH.

Rakyat merasa hampa apabila dalam sidang parlimen, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli menyatakan bahawa kerajaan hanya akan menimbangkan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Tabung Haji jika ada keperluan, sebaliknya menolak penubuhan RCI.

Adakah Dr Zulkifli cuba hendak melindungi Mujahid, atau hendak membantu TH membersihkan nama baiknya dan melindungi kesucian wang caruman 9.3 juta umat Islam?

Dr Mamat Desa



#Sumber :https://cungkils.com    

MR : Setuju, biar isu ini tutup dan selesai   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan