Header Ads

ads header

Flash News

Laporan kewangan TH akan dibentang sebelum 27 Ogos di Parlimen, kata Zulkifli

 

SHAH ALAM: Laporan kewangan Tabung Haji (TH) bagi 2018 dan 2019 dijangka dibentangkan sebelum berakhir sesi mesyuarat ke-2 sidang Parlimen pada 27 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Kementerian Kewangan dalam proses akhir semakan semula laporan kewangan itu sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet dan dibentangkan di Parlimen.

“Insya-Allah sebelum sidang Parlimen kali ini berakhir, laporan itu akan dibentangkan, jika tiada aral melintang,” katanya ketika diminta mengulas gesaan Pemuda Amanah yang mahu laporan kewangan itu dibentangkan di Parlimen.

Zulkifli berkata demikian dalam sidang media majlis pelancaran muafakat NGO Islam hari ini.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sebelum ini Pemuda Amanah mencabar menteri bertanggungjawab bagi portfolio agama itu membentangkan laporan kewangan TH bagi 2018 dan 2019 di Parlimen.

Mengulas mengenai perkembangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi TH, Zulkifli berkata perkara itu bergantung kepada pertimbangan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan perlu memperhalusi pelbagai isu sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan penubuhan RCI itu.

Pada 17 Ogos lalu, media melaporkan cadangan penubuhan RCI TH dijangka dibawa ke mesyuarat Kabinet minggu ini.

Zulkifli berkata, selain perbincangan khusus dengan perdana menteri pada 12 Ogos lalu, perbincangan dari semasa ke semasa berhubung perkara itu juga akan diteruskan dengan laporan akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan.

#Sumber : FMT   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan