Header Ads

Header ADS

Mahathir Akan Tubuh Satu Lagi Parti Melayu Petang Ini

Petang ini Tun Mahathir dijangka akan mengumumkan penumbuhan parti baru, setelah mahkamah pagi tadi mendapati dia bukan lagi Pengerusi PPBM (Bersatu).

Parti baru Mahathir ini dikhabarkan akan dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) yang terdiri daripada serpihan ahli-ahli Bersatu di kalangan orang-orang Melayu.

Sebelum ini saya pernah berkata jika kita ingin menyatupadukan orang-orang Melayu, tidak boleh ada banyak parti Melayu.

Sebab jika ada banyak parti Melayu, orang-orang Melayu berkemungkinan besar akan lebih bertelagah dan berpecah belah.

Lebih dua puluh tahun dahulu, Mahathir telah memecahbelahkan orang-orang Melayu dengan penubuhan parti PKR oleh Anwar akibat pergaduhan Mahathir dengan Anwar.

Lima tahun lalu Mahathir telah memecahbelahkan lagi orang-orang Melayu melalui penubuhan parti Bersatu (PPBM) untuk menjatuhkan Dato' Sri Najib
kerana Najib tidak bantu anak Mahathir iaitu Mukhriz dalam pemilihan UMNO dan Najib tidak mahu bantu kroni-kroni Mahathir untuk menyambung kontrak-kontrak dan konsesi kerajaan yang diperoleh selama berpuluh tahun sebelum itu.

Dan kini Mahathir akan memecahbelahkan lagi orang-orang Melayu dengan penubuhan satu lagi parti Melayu.

Ini tidak akan berhenti sehinggalah anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri dan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya dipenuhi.

Mahathir kini amat layak untuk ditabalkan sebagai "Bapa Pemecahbelah Orang-orang Melayu".

Dengan perpecahan demi perpecahan akibat penubuhan parti-parti Melayu oleh Mahathir ini, orang-orang Melayu akan menjadi semakin lemah dan bukan sebaliknya.

Dan yang paling untung dan bersorak dengan tindakan Mahathir ini adalah musuh-musuh Melayu dan DAP.

Jika masih ada lagi orang-orang Melayu yang masih tidak sedar dan masih mengikut Mahathir lagi, saya tidak tahu apa nak kata.

Kepada Tun Mahathir dan pengikut-pengikutnya ini, daripada mereka menjadi musuh dalam selimut orang-orang Melayu, mungkin lebih baik mereka terus masuk DAP secara terang-terangan seperti segelintir Melayu DAP yang lain.

Dengan ini mereka tidak perlu bersorok atau berselindung lagi tentang perjuangan sebenar mereka.

ISHAM JALIL
7 Ogos 2020


 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.