Header Ads

ads header

Flash News

Polis kenal pasti lelaki pukul penghantar makanan

BUKIT MERTAJAM: Polis mengenal pasti identiti seorang lelaki dipercayai terlibat kejadian pukul membabitkan penghantar makanan sebuah syarikat penghantaran terkenal dalam kejadian di Alma, yang video pergaduhan itu tular di media sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 34, yang cedera dipukul suspek dalam kejadian pada kira-kira 11 pagi.

“Mangsa menerima pesanan makanan pizza daripada seorang lelaki melalui aplikasi syarikat penghantaran tempat dia bekerja dan sebaik tiba di kawasan rumah suspek, mangsa menghubunginya untuk pengesahan alamat kerana alamat tersebut ada kekeliruan.

“Setelah mendapat pengesahan alamat untuk dihantar, mangsa pergi ke lokasi kejadian dan sebaik penghuni rumah itu membuka pintu, lelaki tersebut terus memarahi serta memaki hamun penghantar makanan tersebut,” menurutnya dalam kenyataan.

Mangsa kemudian menyerahkan makanan kepada suspek sebelum lelaki itu menyerahkan sekeping wang RM50 dan sewaktu mangsa mengira duit baki, suspek sekali lagi memakinya mengatakan dia lambat mengira wang baki serta merampas semula wang berkenaan.

Shafee berkata suspek kemudian menyerahkan semula makanan yang dipesannya kepada mangsa kerana sudah tidak mahu membelinya sebelum penghantar makanan itu memberitahu dia akan melaporkan kepada syarikat tempatnya bekerja mengenai pembatalan tersebut.

“Suspek bertindak mengambil semula makanan dan melempar sekeping wang RM50 ke lantai sebelum penghantar makanan mengambil wang tersebut serta meletakkan wang baki di atas lantai. Lelaki berkenaan menyuruh mangsa untuk ambil wang baki tersebut namun dia tidak mahu dan disebabkan itu, suspek memukulnya dengan cara menumbuk dan menendang pengadu.

“Selain itu, suspek bertindak membuang barang dalam raga motosikal pengadu iaitu telefon bimbit dan power bank. Semasa lelaki tersebut hendak menjatuhkan motosikal penghantar makanan berkenaan, dia memukul suspek menggunakan topi keledar yang dipakainya,” katanya.

Beliau berkata suspek cuba melawan namun pergaduhan itu dileraikan pemilik rumah berkenaan dan siasatan mendapati kediaman tersebut merupakan inap desa yang disewa oleh suspek sejak 5 hari lepas malah terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di situ.

Katanya berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian leher sebelah kiri, pergelangan tangan serta belakang tangan sebelah kiri dan polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

#Sumber : FMT    

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan