Header Ads

ads header

Flash News

Menjawab Soalan Noh Omar, Pendedahan rakaman audio SPRM tidak langgar undang-undang

Pendedahan rakaman audio oleh SPRM pada Januari lalu adalah dibenarkan oleh undang-undang (discretionary power) dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan.

Dia berkata demikian ketika menjawap soalan bertulis Noh Omar (BN-Tanjong Karang).

“Untuk makluman ahli Yang Berhormat, rakaman audio yang didedahkan oleh pihak SPRM pada Januari 2020 adalah dibenarkan oleh undang-undang (discretionary power) dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, adalah dipercayai Takiyuddin merujuk kepada sembilan rakaman audio yang didedahkan oleh ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya pada 8 Januari.

Tanpa membocorkan sebarang maklumat lanjut, Takiyuddin berkata, pihak polis sedang menyiasat perkara itu dan telah menyelesaikan siasatan mereka.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terkini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun melengkapkan siasatan dan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara pada 19 Jun yang lalu untuk mendapatkan nasihat dan pandangan selanjutnya,” katanya.

Noh dalam soalannya mempersoalkan sejauh mana tahap integriti, kredibiliti dan profesionalisme SPRM yang menurutya, telah bertindak secara tidak wajar apabila mendedahkan bukti rakaman audio berprofil tinggi kepada umum.

Dakwa pemimpin Umno itu, pendedahan SPRM itu bertujuan untuk menimbulkan spekulasi dan sentiment negatif masyarakat awam terhadap kes yang sedang dibicarakan.

Latheefa telah mendedahkan kandungan sembilan klip audio yang melibatkan Najib, isterinya Rosmah Mansor, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad, seorang kerabat diraja Abu Dhabi dan ketua pegawai eksekutif Mubadala Development Company, Khaldoon Khalifa Al-Mubarak.

Beberapa perbualan telefon lain yang didedahkan juga berkaitan siasatan mengenai skandal 1MDB.

Pada 28 Julai, Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati dia bersalah atas semua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan