MN diterima rakyat, rakyat muak dengan Atok dan PH
PAS merakamkan tahniah kepada calon BN, Mohd Zaidi Aziz yang meraih kemenangan pada PRK DUN N.58 Slim sebagaimana pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebentar tadi.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan tersebut adalah bukti kukuh bahawa Muafakat Nasional (MN) melibatkan PAS dan Umno diterima oleh rakyat di mana akan dimantapkan dengan penyertaan BERSATU nanti.
“Saya baru menerima call dari Presiden Umno (Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Presiden PAS (Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) dan seluruh kepimpinan dan jentera parti (PAS) yang bertungkus lumus menjayakan kemenangan kali ini.
“Terima kasih kepada petugas yang sedia melaksanakan arahan parti. Saya yakin gelombang kebangkitan Muafakat Nasional akan lebih mantap dengan penyertaan BERSATU dalam gabungan ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” katanya.
Senada dengan itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman juga menyifatkan kemenangan ini mengambarkan bahawa Muafakat Nasional benar-benar telah menyentuh hati rakyat Malaysia.
“Kemenangan ini juga mengambarkan petanda baik untuk Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional dalam PRU nanti. PAS sentiasa istiqamah dan akan mempertahankan gabungan ini demi agama, bangsa dan negara.
“Rakyat sudah mula melihat dan merasai gabungan ini sebagai wadah terbaik untuk kebaikan semua. Pastikan hanya pertandingan dua penjuru dan kita akan menang besar, Insya-Allah,” ujarnya.
Beliau berharap semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk semua jentera parti bagi menghadapi PRU15 yang dijangka bakal berlaku tidak lama nanti.
Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh juga menyifatkan kemenangan tersebut lantaran kepercayaan tinggi pengundi-pengundi di DUN Slim kepada calon yang mewakili Muafakat Nasional.
Malah katanya, PRK kali ini menampakkan kesediaan daripada pengundi kaum Cina untuk turut memberi undi kepada kerjasama Perikatan Nasional yang membawa kepentingan untuk membina perpaduan antara kaum itu.
Beliau merakamkan syukur dan tahniah di atas kemenangan tersebut
serta penghargaan terima kasih kepada seluruh pengundi atas kepercayaan
yang diberi serta petugas parti-parti.
MR : Atok boleh pencen, Anwar boleh intai PN, PAN boleh jadi sayap kanan DAP
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Jangan susah hati Atok, apa susah kalau rasa dah tak diterima buat je parti baru. Tapi kali ni jauhkan diri dari DAP. DAP ni jinx Atok. Anwar pun kalau nak jadi PM jauhkan diri dari DAP. Damn Arrogant Party.
BalasPadamTahniah mulakan tugas membela rakyat dgn adil dan saksama. Buang sikap lalu dan mulakan buku baru jangan isi perut sendiri dan terdekat kongsi saksama dan berlandaskan rukun negara
BalasPadamPujaWang dah hancur terus. Baik bubar sajalah.
BalasPadamArif Muluk, oooo Arif Muluk....
BalasPadamMana dia artikel yang kau nak cut and paste tu?
MN hanya ada PAS dn UMNO...kerana ahli umno tdk sudi bekerjasama dgn pengkhianat ppbm....cukup hanya umno dn pas yg membela agama bangsa dn negara...yg lain cuma mahukn kedudukan...lihat mana kukuh dia tumpang berteduh....
BalasPadamBetul tu.
PadamTahniah umno pas...berjuang kerana Allah negara dan agama.
BalasPadamTampa parti bersatu,
BalasPadamCalun Bn dari Umno bulih menang
Ini menunjuk kan kekuatan MUAFAKAT NASIONAL telah Ada di kemuncak nya
Dengan itu MUAFAKAT NASIONAL tidak perlu menerima parti BERSATU dan mana mana politik sama ada parti baru ditubuh
Ingatlah sejarah SEMANGAT46 yang telah dibubarkan,yang mana pemimpin serta ahli nya kembali menyertai Umno dan mantan pemimpin S46 itu diangkat sebagai Penasihat UMNO Malaysia
Untuk parti bersatu ikuti lah contuh tauladan dari S46 itu supaya mudah di Terima oleh rakyat yang prihatin dengan segala masalah yang dihadapi oleh parti bersatu
Mahathir lepak kat suraulah pulok sementara masih ada kesempatan
BalasPadamSapa nk parti tu.. Ank pon x boleh durus.. Mabok todi.. Kalau jaga rakyat.. Lingkop abih anak muda
BalasPadamAtok dikatakan pejuang Islam, pejuang Palestine, pejuang Kashmir, cucu pula kaki TODI dan berpakaian tidak SEMENGGAH!
BalasPadamSudah mahu kiamat ke apa?
Sungohh...benar lagi.. Imej dh teruk.. Sapa mau.. Balik jaga rmh laa.. Jgn politik.. Duit juta2 ada.. Pulun pa lagii
PadamIsu Mahathir dan keluarga/konco2nya semua menggunakan isu kerajaan pn/mn berasuah dan najib yang bersalah dalam segala hal. Sekarang masanya untuk mahathir dan keluarga disiasat atas salah penggunaan kuasa selama 2 kali pegang jawatan pm.
BalasPadamKomen-komen tu jangan melampau. Sila jaga hati PAN selaku sayap penyokong DAP.Atukpun dah masuk muzium.
BalasPadamJangan bubar pejuang biarkan dia jadi bubur..
BalasPadam