Header Ads

Header ADS

Muafakat Nasional akan adakan libat urus dengan bukan Melayu, Islam kata Annuar


Muafakat Nasional (MN) akan meneroka kerjasama dengan pelbagai parti dan badan bukan Melayu-Islam, menurut Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa.

Annuar juga berkata Bersatu juga telah termasuk dalam sekretariat MN.

"Sekretariat MN yg kini dianggotai PAS, Umno dan Bersatu akan membuat 'engagement' secara rasmi dengan pelbagai parti dan badan bukan Melayu dan bukan Islam.

"(Ia) untuk memperkasakan lagi saf berpadu menentang PH secara satu lawan satu," katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Dalam ciapan itu, dia turut melampirkan program ceramah untuk kempen PRK Slim yang melampirkan setiausaha agung lima parti, iaitu Umno, PAS dan Bersatu serta MCA dan MIC.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan MN telah menghantar surat jemputan kepada Bersatu untuk menyertai gabungan MN.

Hari ini Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memaklumkan yang Bersatu telah menghantar surat balas yang menyatakan persetujuan untuk menyertai gabungan itu.

Dalam pada itu, Annuar berkata Umno, PAS dan Bersatu harus berani meneroka "politik norma baru" dengan mengemukakan tawaran baru buat Malaysia.

Katanya, gabungan itu perlu mengambil pendekatan yang inklusif berpaksikan agenda rakyat.

"Kita ambil pendekatan yg inklusif, berpaksikan agenda rakyat,bertindak cemerlang dengan idea dan tawaran baru berasaskan pemikiran luar kotak," katanya lagi.

#Sumber :     

MR :  Satu pendekatan yang baik  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Saya setuju. Dan saya rasa mereka yg paling layak mewakili bukan Melayu di MN ialah Dewan himpunan penyokong PAS dan bukannya dari MCA atau MIC.
    Sebab apa? Sebab Dewan Penyokong PAS menyokong agenda Melayu dan Islam sedangkan MCA dan MIC tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan adanya DHPP dalam MN, PAS akan jadi lebih dominan dan agenda Islam Melayu akan lebih mudah dicapai.

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.