Header Ads

Header ADS

Muafakat Nasional setuju jemput PPBM


PETALING JAYA:
Muafakat Nasional (MN), iaitu gabungan politik antara Umno dan PAS, bersetuju menjemput PPBM, kata presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Dalam hantaran di Twitter beliau berkata, ia dipersetujui dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh timbalan presiden 2 parti Melayu terbesar itu, iaitu Mohamad Hasan mewakili Umno dan Tuan Ibrahim Tuan Man daripada PAS.

“Presiden PAS dan saya menandatangani surat menjemput PPBM berdasarkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu,” katanya merujuk kepada Abdul Hadi Awang.

MN diwujudkan secara rasmi pada September tahun lepas. Bersama-sama dengan PPBM, ia membentuk gabungan longgar Perikatan Nasional (PN) yang kini menguasai kerajaan persekutuan dengan sokongan gabungan kerajaan di Sarawak, iaitu GPS.

Pengumuman Zahid dibuat beberapa hari selepas Mohamad berkata, akar umbi parti itu “tidak selesa dan tidak bersetuju” dengan idea PPBM menyertai MN.

“Ramai ahli Umno masih ingat dengan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kepada kami (oleh pemimpin PPBM sebelum PRU14) dan masih terasa sakit sehingga kini,” katanya seperti dipetik oleh FMT pada Selasa.

Presiden PPBM Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, partinya bersedia menyertai MN selepas dijemput berbuat demikian.

Kenyataan Zahid juga tampil 2 hari selepas PAS mengesahkan ia merupakan sebahagian daripada jawatankuasa protem dengan PPBM untuk mendaftarkan PN sebagai sebuah gabungan politik.

Ini berikutan pengumuman Umno bahawa ia tidak akan menyertai PN, tetapi mahu memperkuatkan MN.

#Sumber :  FMT  
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. berita sedih untuk umat islam sekelian. sekarang kite kena bergabung dengan semburit n the gang. bravo PAS

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.