Header Ads

ads header

Flash News

Panglima perang bersara kembali semula ke KKM


PUTRAJAYA –
Datuk Dr Rohaizat Yon yang bersara wajib pada Jun lalu kembali berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hingga akhir tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di sini hari ini.

Dr Rohaizat bersara wajib pada 10 Jun lalu selepas 35 tahun berkhidmat di kementerian itu.

Dikenali sebagai salah seorang panglima perang, beliau bersama Noor Hisham kerana sentiasa bersama dalam mendepani penularan wabak Covid-19 sejak penghujung tahun lalu.

Sementara itu, Dr Rohaizat dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) pada 25 Mac tahun lalu menggantikan Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Sebelum ini, Dr Rohaizat merupakan Pengarah Bahagian Perancangan, KKM sejak Februari 2017.

#Sumber :  MalaysiaGazette    

MR : Tahniah KKM   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan