Header Ads

Header ADS

Parti Baru Tun Dr Mahathir Akan Gagal

Parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja akan gagal menjadi kuasa penentu tetapi juga akan menyebabkan beliau sendiri hilang terus dari radar politik Malaysia selepas berakhirnya PRU 15.

Parti baru ini mahu menjadi blok ketiga yang neutral tanpa berpakat dengan sama ada PH mahupun PN sedangkan realiti politik Malaysia menunjukkan negara kita sedang menuju ke arah sistem dua parti dengan blok ketiga tidak menjadi pilihan dan memberi keyakinan kepada pengundi.

Tanpa berpakat dengan PH dan PN, parti baru ini dijangkakan bukan sahaja akan gagal merebut kerusi baru tetapi akan turut gagal mengekalkan 6 kerusi sedia adanya, iaitu P004 Langkawi, P005 Jerlun, P006 Kubang Pasu, P146 Muar, P149 Sri Gading dan P151 Simpang Renggam.

Berbeza dengan penubuhan BERSATU dahulu tatkala isu rasuah sedang mendapat liputan besar media negara dan media antarabangsa, isu rasuah yang cuba dijuarai oleh parti baru ini sudah tidak lagi menjadi satu isu besar bila beberapa pemimpin sudah didakwa di mahkamah.

Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa parti baru ini tidak memerlukan ahli yang ramai tetapi memerlukan ahli yang komited juga tidak memungkinkan kejayaannya kerana ia bercanggah dengan prinsip asas demokrasi yang meletakkan suara teramai sebagai penentu pemerintahan.

Pengoperasian parti baru ini memerlukan masa, tenaga dan kos yang banyak kerana ia memerlukan pencarian ahli serta penubuhan organisasi di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat yang bukan merupakan satu kerja senang kerana perlu bermula dari scratch.

Tun Dr Mahathir hanya akan membuang masa, tenaga dan kos untuk menubuhkan parti baru ini sedangkan beliau sepatutnya boleh mengatasi semua masalah ini dengan mudah dengan cara menyertai mana-mana satu parti politik yang sudah sedia established dalam negara ini.

Lebih memburukkan keadaan adalah penamaan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Penaja dan penamaan Datuk Seri Mukhriz sebagai Presiden Penaja parti baru ini yang memberikan gambaran bahawa ia adalah sebuah parti yang bercorak kekeluargaan dan kenegerian (Kedah).

Kamarul Yusoff


#Sumber :  Facebook  
 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.