Header Ads

ads header

Flash News

Kena DAP Jer. Mangsa Politik Bagai PAN Kata Kafir Jujur... Buta Perut

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menempelak sikap parti tamak haloba, DAP yang seolah² suci apabila pemimpinnya terpalit dengan tuduhan salah laku dan rasuah.

Beliau berkata, tatkala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdepan pendakwaan di mahkamah, DAP terus membuat tuduhan bahawa beliau bersalah meskipun belum diputuskan.
Namun, apabila tuduhan sama dikenakan ke atas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, DAP pula menuduh kononnya pendakwaan itu berunsurkan politik.

“Sedang SPRM sendiri terkejut kenapa kes Lim Guan Eng digugurkan! Bila ada ahli politik dan penyokong DAP ditangkap bawah SOSMA sebagai suspek LTTE, DAP sekali lagi kata ianya berunsurkan politik dan rasis.

“Kenapa bila sampai DAP yang ditangkap mesti unsur politik atau rasis, seolah-olah semua ahli DAP ini malaikat?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan² Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan⅔ Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Mahkamah membenarkan bekas Menteri Kewangan itu diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin.

Atas sebab itu, DAP melancarkan kempen solidariti bagi meraih dana untuk membantu pembayaran mengikat jamin Guan Eng.

Membidas usaha parti itu, Firdaus menyifatkan solidariti yang dilancarkan DAP seperti tidak tepat, memandangkan Guan Eng adalah antara Ahli Parlimen terkaya di Malaysia.

“Namun menyeru orang ramai menderma RM10 untuk bersolidariti dengan Lim Guan Eng sedangkan dia mengisytiharkan pendapatan bulanannya sebanyak RM86,464.92, iaitu terkaya di antara semua Ahli Parlimen di Malaysia?

“Bukankah ini seperti orang duduk banglo bernilai RM2.8 juta meminta derma dari penduduk PPR atau orang pendapatan kurang darinya,” katanya.

#Sumber :Facebook   

MR : Dulu hebat puak AMANAH kata nak lawan rasuah, hari ini mereka pendokong rasuah   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan