Header Ads

ads header

Flash News

PRU15: Pilih Ahli Parlimen Yang Matang Dan Cool Berbahas Dan Mencelah

1) Parlimen diura-ura akan dibubarkan dalam masa terdekat, yakni dalam tahun ini atau paling lewat awal tahun depan. Selepas itu PRU15 akan mengambil tempat, sekali lagi rakyat Malaysia akan membuat perubahan kerajaan atas nama mandat rakyat, bagi menamatkan kontroversi majoriti tipis, pengkhianatan dan tebuk atap.

2) Melihat kepada kualiti persidangan Dewan Rakyat yang sangat haru biru dan tidak tenteram, rakyat harus mempuat pilihan yang serius untuk menghantar wakil rakyat kawasan masing-masing ke Dewan Parlimen dengan memilih ahli parlimen yang tenang, cool, cherdik, buat homework, beradab dan matang memberi respon terhadap kritikan serta provokasi.

3) Antara pemimpin Pakatan Harapan yang matang dan cool ketika berbahas dan mencelah adalah YB DS Anwar, YB Nurul Izzah, YB Akmal Nasir, YB Yeo Bee Yin, YB Hannah Yeoh, YB Steven Sim, YB Saifuddin Nasution, YB Johari Abdul, dan YB Dr Zulkifley. Mereka ini tidak banyak membuat provokasi yang merosakkan imej dewan.

4) YB-YB UMNO yang cool pula seperti YB Shahidan Kassim, TS Annuar Musa, YB Hishamuddin, YB DS Najib Razak, YB Reezal Merican, YB KJ etc. Mereka juga jarang membuat provokasi dan terjerit-jerit sebagaimana YB Tajudin, YB Azeez, YB Noh Omar dan sebagainya. Jika ada peluang rehatkan mereka-mereka yang mudah hilang cool ini, PRU15 nanti adalah peluangnya.

5) Ahli-ahli Parlimen PAS adalah kumpulan yang cool dan matang secara berjamaah. YB Presiden PAS sendiri, YB Tuan Ibrahim, YB Takiyuddin dan rakan-rakan telah menunjukkan kematangan yang baik dalam dewan, tidak melenting tak ketahuan, tidak pula suka ganggu floor orang lain. Bahkan suara lantang YB Pasir Mas berhujah juga sangat baik, point to point dan tidak termakan provokasi lawan.

6) YB-YB yang sangat tak perlu diundi semula untuk masuk dewan selepas PRU15 adalah YB Hanipa Maidin,dan YB Khalid Samad. Yang-lain-lain masih boleh konsider lagi, termasuk YB Jelutong, walaupun banyak provokasi, tetapi dia sebenarnya mudah sahaja ditundukkan oleh YB-YB yang cool seperti YB Tuan Ibrahim dan YB Fadzli. Sedangkan YB Khalid Samad dan YB Hanipa Maidin... another level punya mangkaq.

7) Jadi, sebagai panduan untuk rakyat yang masih baru dalam politik, jika anda rasa parti-parti politik ni sama saja BN ka, PH ka, PN ka, BERSATU ka, Akatsuki ka... jangan risau. Anda tak perlu pilih berdasarkan parti atau bendera. Buat pilihan ke atas calon yang memiliki sifat matang dan cool - sebagai guide utama. Kalau PN hantar calon mangkaq dan suka meraban, tetapi PH letak calon yang cool dan matang, pilihlah calon PH tersebut. Begitulah sebaliknya dan seterusnya.

8 ) Namun, jika ada pertembungan dua calon yang matang dan cool, maka baharulah buat pilihan berdasarkan bendera parti politik. Contohnya di Permatang Pauh ketika PRU14 - tiga penjuru waktu itu ditandingi oleh YB Nurul Izzah (PKR), Ustaz Afnan Hamimi (PAS) dan Zaidi Said (BN). Saya kira ketiga-tiga calon ini layak - matang dan cool. Maka, pilihlah lah berdasarkan kekuatan dan idealisme partinya pula - Kanan atau Kiri.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa


#Sumber : Facebook    

MR :  Muka cantik dan cool ok, tapi kalau muka hodoh macam Jelutong dahlah tu bengong pula... serambut nak tonton persidangan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan