Header Ads

Header ADS

Pemimpin Umno jumpa Pas malam esok - Ahmad Zahid


PEMIMPIN Umno akan mengadakan pertemuan dengan Pas, malam esok bagi mendapatkan penjelasan mengenai penyertaan parti itu dalam pendaftaran Perikatan Nasional (PN).

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perjumpaan itu akan diadakan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River pada 9 malam.

Menurutnya, perjumpaan itu dibuat susulan Pas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pendaftaran PN.

"Malam esok ada perjumpaan Muafakat Nasional apabila Presiden Pas (Abdul Hadi) dan saya akan bersama-sama (dalam pertemuan itu).

"Ada mesej tertentu kami mahu sampaikan. Sebagaimana diketahui kini Pas sudah bersama dengan Bersatu mendaftarkan partinya sebagai gabungan rasmi di dalam PN.

"Ini akan diperjelaskan esok, tentunya ada mesej tertentu di mana MN akan terus diperkasa dan diperkukuhkan, bukan hanya Umno dan Pas, tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC tetap bersama," katanya selepas mengadakan ziarah kasih di Felda Besout 2, Slim River, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan sudah mengesahkan bahawa parti itu bersama Bersatu dalam proses menubuhkan PN.

Katanya, walaupun gabungan MN tidak didaftarkan, ia adalah sebuah gabungan kesepakatan politik parti yang menyokong PN.

Sementara itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam pusingan minggu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim, BN mengambil pendekatan melawat rumah ke rumah.

"Semua pemimpin Umno, Pas dan parti lain yang membantu kita menggunakan pendekatan sama," katanya.

#Sumber : HMetro   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Apale zahid, sepatutnya kau panggil orang tua hadi datang jumpa kau, bagi gertak sikit. dia pandai2 sailang orang kita pulak yang kena terhegeh-hegeh jumpa dengan dia.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya umno cohtohi pas, demi penyatuan umat melayu islam, tidak mengutamakan kepentingan politik semata mata...

    BalasPadam
  3. Pas has got nothing to loose. itu pasal dia boleh tikam belakang umno n sided with yidin. menang 18 kerusi je pun. dan tolonglah this is NOT about penyatuan ummah its more about takut hilang jawatan menteri. i know it sounds cliche, tapi setakat ni itu le yang aku nampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidup dapigs, rancangan nak hapuskan keistimewaan melayu akan berjalan lancar. Hapuskan sistem beraja. Biarkan melayu merempatkan di tanah sendiri. Jadikan tanah melayu jajahan cina. Kita control org melayu supaya bergantung pada org cina. Hapuskan jawi. Perbodohkan org melayu. Biarkan mrk meminta2 dari org cina. Tanamkan ketakutan org melayu pada org cina. Jadikan Islam agama hiasan mrk. Beli tanah org melayu semuanya hingga mrk tiada tanah lagi utk duduki.

      Padam
  4. Umno oh umno,,,mn bukan gabungan politik mcm bn ph,,,umno oh umno kenapa sibuk nak kawal pas perlu buat apa,,umno oh umno pas tkde angotai mana2 gabungan kerjasama politik,,umni oh umno patutnya ko tanya kenapa mic sebagai ahli gabungan bn sertai pn,,,umno oh umno ingatlah ko bernyawa skrg kerana ihsan pas bukan kerana kekuatan umno sendiri,,umno oh umno ramai pimpinan umno skrg dah mula tunjuk besar kepala,,umno oh umno berubahlah jgn lah jadi tamak kuasa dan bongkak

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.