Header Ads

Header ADS

Bung Moktar mesti selesaikan pertikaian


SLIM RIVER:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin perlu bersemuka dengan pihak yang tidak berpuas hati dengannya dan menyelesaikan isu berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sudah meminta Bung Moktar yang juga Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan, bertemu dengan semua kumpulan dalam parti itu bagi menyelesaikan konflik.

Ahmad Zahid berkata, penyelesaian konflik itu akan memastikan supaya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan depan.

"Saya tidak nampak ada permasalahan kerana mungkin ada perbezaan pendapat. Tetapi saya sudah meminta Bung untuk melakukan 'engagement' dengan semua pihak dalam dan luar parti supaya kemenangan memihak kepada kita.

"Hari ini, ada mesyuarat perhubungan UMNO Sabah dan saya akan mendapatkan maklum balas selepas mesyuarat itu mengenai beberapa tindakan bersama yang akan kita lakukan bagi memenangkan semua calon kita," katanya selepas mengadakan ziarah kasih di FELDA Besout 2, Slim River, hari ini.

Sebelum ini, beberapa Ketua Bahagian UMNO Sabah membantah pelantikan Bung Moktar sebagai Ketua Jentera Pilihan Raya UMNO pada PRN.

Wakil kumpulan itu, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata pemimpin yang menjadi Ketua Jentera Pilihan Raya mestilah bebas daripada persepsi negatif yang boleh dimanipulasi oleh pihak lawan.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga sudah meminta Bung Mokhtar menyelaras dengan semua Ketua Bahagian UMNO di Sabah, selain menumpukan kerjasama dengan parti lain, termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

"Kita menjangka pada kali ini Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan diberikan tentangan oleh parti-parti berkenaan dan saya amat yakin koordinasi ini boleh dilakukan oleh Bung Mokhtar.

"Beliau (Bung Mokhtar) sudah bergerak ke lima zon di Sabah yang meliputi 73 kawasan DUN. Apa yang dilakukan untuk merapatkan barisan di Sabah, biarpun ada perbezaan pendapat.

"Semua pihak perlu merapatkan barisan kerana kemenangan bergantung kepada penyatuan pemikiran dan tindakan pelbagai pihak bukan sahaja di dalam UMNO tetapi dalam kalangan parti-parti politik di Sabah," katanya.

#Sumber : BH   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.