Header Ads

ads header

Flash News

Pendedahan video, pihak berkuasa perlu telus siasat


KUALA LUMPUR:
Pendedahan video yang tular berhubung dakwaan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh perlu bertindak dengan penuh integriti.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli berkata pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini sebaik mungkin kerana ia melibatkan pelanggaran integriti yang menjadi asas kepada perjalanan sesebuah institusi penguatkuasaan dalam negeri dan negara.

“Dimaklumkan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah membuka kertas siasatan. Saya mengharapkan kebenaran atau pun fitnah ia mesti dilakukan melalui siasatan di semua peringkat tanpa ada sebarang campur tangan mereka yang berkepentingan.

“Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang yang menjadi rukun negara harus dihormati dan kita junjung bersama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, tular video menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, petang Sabtu lalu yang membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan kegiatan penjualan rokok seludup.

Selain mendakwa pihak penguatkuasa, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan polis disyaki menerima suapan daripada sindiket yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.

Mengulas lanjut, Hanafi yakin perkara itu akan mendapat perhatian penuh oleh pihak PDRM dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Janganlah jadikan isu ini, sebagai isu rakyat berlawan dengan anggota keselamatan dan penguatkuasa kerana kedua-duanya adalah komponen penting dalam negara kita yang berpisah tiada.

“Berikan ruang siasatan sepenuhnya di semua peringkat,” ujarnya lagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dilaporkan berkata isu yang ditularkan itu hanyalah tohmahan.

Jelasnya, individu terbabit tidak pernah tampil memaklumkan kepada polis berhubung kewujudan premis judi dan penjualan rokok seludup oleh warga asing, di kawasan berkenaan.

Selepas pendedahan video berkenaan, polis melakukan enam serbuan ke atas premis seperti ditularkan dan mendapati lima daripadanya kosong, manakala satu premis masih beroperasi.

#Sumber : Harakah   

MR :    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan