Header Ads

ads header

Flash News

SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram Art


KUALA LUMPUR-
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar Sungai Buloh, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.

Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memaklumkan, pihaknya telah melakukan enam serbuan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.

Pada sidang media sama pihaknya memaklumkan polis akan akan memanggil individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.

Katanya, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej polis dalam menangani aktiviti perjudian di Sungai Buloh.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/95942/BERITA/Nasional/SPRM-siasat-dakwaan-pihak-berkuasa-lindungi-premis-judi-haram
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

#Sumber : Sinar Harian   
 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan