Header Ads

ads header

Flash News

Sertai semula PH, Dr M mahu teliti kenyataan Anwar

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas keterbukaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim yang bersedia mempertimbangkan kemasukan parti barunya ke dalam gabungan pembangkang itu.

Mahathir berkata, beliau juga belum meneliti kenyataan dibuat Anwar berhubung kerjasama dengan PH.

“Saya tak tahu apa dia (Anwar) kata, saya kena kaji tengok,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri program hari solidariti untuk Kashmir hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar yang PH sedia mempertimbang kemasukan parti baru yang akan ditubuhnya itu dalam gabungan bagi menguatkan gerakan pembangkang.

Kata Anwar, keterbukaan itu bagaimanapun bergantung kepada permintaan dibuat kumpulan Mahathir menyertai kembali PH.

“Sekiranya dia (Mahathir) minta kita pertimbanglah, biar dia minta dulu,” katanyanya malam tadi selepas menghadiri program jelajah presiden PKR peringkat Selangor di Shah Alam.

Anwar turut memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sejauh mana perkembangan penubuhan parti baru pimpinan Mahathir itu.

Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru selepas keahlian PPBM diterajuinya sebelum ini terbatal.

Bekas pengerusi PPBM itu berkata, asas penubuhan parti baru itu mengambil “DNA” asal PPBM sebelum ini, yang lari daripada perjuangan diterajui Muhyiddin Yassin.

#Sumber : FMT   

MR : Mahathir dan Anwar main tarik tali.. nanti ada satu yang jatuh   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan