Header Ads

ads header

Flash News

Tragedi Beirut, Malaysia sumbang RM1 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak RM1 juta kepada rakyat Lubnan, susulan tragedi letupan di Beirut.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bantuan itu disalurkan menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC).

"Malaysia yakin dan percaya rakyat Lubnan mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan," katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia juga berdiri teguh bersama rakyat Lubnan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menyebabkan kemusnahan besar pada Selasa lalu.

"Kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di Lubnan.

"Kerajaan dan rakyat Malaysia menghulurkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

"Kepada yang tercedera, kami juga mendoakan agar mereka sembuh," katanya.

#Sumber :  Berita Harian  

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan