Header Ads

Header ADS

Sokongan BN kepada PN hanya libat ahli Parlimen, Adun, kata Zahid


TANJUNG MALIM:
Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan sokongan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya melibatkan sokongan ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu.

Pengerusi BN itu berkata demikian susulan pengumuman MIC hari ini tidak menyertai PN, namun parti komponen BN itu akan terus menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Namun, parti di bawah BN, Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu.

“Ini bererti biarpun PN mungkin didaftarkan dan disahkan penubuhannya, MIC bukan lagi sebahagian Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini.

Setiausaha Agung M Asojan Muniandy dilapor berkata, parti itu mulanya setuju menyertai pendaftaran PN dengan tanggapan Umno dan BN akan turut sama.

Sementara itu, Zahid berkata pihaknya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang calon Umno dan PBRS akan menggunakan lambang BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

“Ertinya parti-parti yang lain kami tidak merasakan bahawa mereka akan menggunakan lambang BN setakat ini, kerana PN buat pertama kali akan cuba menggunakan lambang itu dalam PRN Sabah,” katanya.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 September manakala penamaan calon pada 12 September dan pengundian awal pada 22 September dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.

#Sumber : FMTT    

 








............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. bn dh mula lupa daratan
    dlm prk sibuk suruh akar umbi ppbm n pas undi calon dia
    ni pakat mcmana ni wahai sibongkak

    BalasPadam
  2. Zahid jgn buat silap ..dulu tarik diri dari jawatan presiden umno..tokmat hassan yg bawa bahtera..bila kekuatan pas umno membangun ..terus datang nk jadi presiden balik..aku kalau tokmat hassan aku lg pecaya dari zahid hamidi..jgn ego untuk besatu hati wahai zahid ..jgn tamak kuasa sampai nanti Bn Jatuh kembali..rugi negara.pas parti terbaik perlu d contohi..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.