Header Ads

ads header

Flash News

Tarik Nafas Lega, tak payah minum satu sudu sehari

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis harga minyak sawit mentah (MSM) akan mencecah antara RM2,500 dan RM2,600 satu tan menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata meskipun penularan COVID-19 melanda negara, permintaan untuk produk sawit Malaysia terus mencatatkan peningkatan.

"Alhamdulillah, ada peningkatan permintaan dari Asia Barat, Afrika dan negara serantau seperti Filipina. Kami yakin bahawa pandemik ini tidak mengekang industri sawit tetapi menjadi pelancar kepada industri ini," katanya kepada media selepas melakukan lawatan ke Hospital Selayang, di sini hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, walaupun COVID-19 melanda seluruh dunia sehingga menjejaskan ekonomi tempatan, industri sawit terus beroperasi dan mempunyai stok yang mencukupi.

"Kami mensasarkan bagi tahun 2020, eksport sawit ke luar negara dijangka meningkat antara RM65 bilion dan RM70 bilion berbanding tahun lalu iaitu sekitar RM63 bilion.

Setakat semalam, harga fizikal untuk sawit berada pada RM2,860 untuk satu tan manakala harga kontrak niaga hadapan MSM berada pada RM2,689 dan RM2,850.

Terdahulu, pada lawatan tersebut beliau telah memberikan sumbangan alat bantuan pernafasan serta kit ujian COVID-19 bersama Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), ia menjadi sebahagian daripada tanggungjawab korporat industri sawit negara bernilai RM334,000.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MPOA juga telah menyalurkan sumbangan peralatan perubatan, cecair pembasmi kuman dan makanan kepada beberapa hospital, antaranya Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Serdang yang kesemuanya bernilai RM5.16 juta.

#Sumber : Bernama   

MR :  Walaupun pakai lebai tapi bijak buat kerja.. tak macam PH bila jadi PH lebai hilang cakap lebih kerja tak ada 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan