Header Ads

ads header

Flash News

Tersentak dari tidur, MBSA 'gempur' premis ingkar di Sungai Buloh


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita beberapa premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini.

Antara premis yang telah disita merupakan sebuah pusat hiburan tanpa lesen dan beberapa premis perniagaan lain.

MBSA turut mengeluarkan 98 notis pemberitahuan dan tujuh notis meroboh kepada 94 premis di kawasan tersebut.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, operasi yang diadakan itu turut membabitkan gerai-gerai tanpa kebenaran yang beroperasi di bahu jalan yang mengakibatkan masalah kesesakan lalu-lintas.

Jelasnya, dari awal 2020 sehingga Julai lalu, sebanyak 25 premis tanpa lesen diambil tindakan manakala 19 premis tanpa lesen warga asing juga telah disita di kawasan terbabit.

“Tindakan sitaan diambil di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam) dan Peruntukan 3 (menjaja tanpa lesen serta Peruntukan 42 (kuasa sitaan),” katanya ketika ditemui pemberita di kawasan terbabit.



Operasi bersepadu itu turut melibatkan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Selangor.

Turut serta dalam operasi adalah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“MBSA mengalu-alukan kerjasama dengan SPRM bagi memastikan tadbir urus di organisasi sentiasa mengekalkan prinsip integriti dan memberikan komitmen agar siasatan segera dilakukan sekiranya ada kalangan pegawai kami melakukan salah guna kuasa,” katanya lagi.

MR : Baru ni kata tak ada operasi...???    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



1 ulasan:

  1. Ni bukti selama ni mbsa membuta,,,mcm.mana hasil cukai nak.meningkat kalau yg niaga banyak haram,,tak kira lah niaga apa pin suruh ambik.lesen,,,sek 23 sri muda melambak kedai haram kedai pati mbsa buta ke,,nak tunggu rakyat viral baru nk bertindak,oii sedar skit gaji tu rakyat yg bayar,,salah tetap salah kenapa tak minta lesen,,kalau dah minta ada yg nk rasuah untuk kelulusan repot sprm,,

    BalasPadam