Header Ads

ads header

Flash News

Walau dijangka menang, Umno Perak tak ambil mudah PRK Slim

Di atas kertas, Umno dijangka tidak berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusinya tetapi Pengerusi umno Perak Saarani Mohamad tidak akan mengambil mudah PRK Slim tak lama lagi.

Saarani berkata jika pengundi Umno yang tinggal di luar kawasan tidak pulang pada hari mengundi, ia boleh menjejaskan peluang parti itu.

"Atas kertas, macam itulah (menang mudah). Tapi harus diingat, kemenangan dikira melalui bilangan undi dalam peti undi. Kalau pengundi Umno di luar tak balik, ia tak beri makna," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, jika Umno tidak bekerja keras kerana menganggap Slim adalah kubu kuat mereka, ia boleh memakan diri.

"Jangan hanya kerana rasa kita akan menang mudah...Apa-apa pun, kena kerja kuat.

"Umno dan BN kena kerja kuat untuk pastikan penyokong balik mengundi," katanya lagi.

PRK Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib ekoran serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 Ogos sebagai penamaan calon dan 29 Ogos untuk hari mengundi.

Pada 31 Julai lalu, PH berkata ia akan memberi laluan kepada kumpulan Dr Mahathir Mohamad - dikenali sebagai Bersatu Blackout - untuk bertanding dalam PRK tersebut.


MR :  Bersiap sedia, kalau boleh berikan pukulan hilang wang pertaruhan  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan