Header Ads

ads header

Flash News

10 Kunci Rumah Tangga Bahagia


Semua orang pernah melakukan kesilapan dalam rumah tangga. Namun, yang jadi persoalannya adakah anda selesaikannya atau anda buat tak tahu saja? Nah, dalam entri ini kami ingin kongsikan kunci rumah tangga bahagia. 

Memperbaiki kesilapan adalah perkara penting dalam kunci rumah tangga bahagia.

Namun begitu, anda harus beriltizam supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali supaya kehidupan alam perkahwinan kalian dalam fasa yang cukup menggembirakan hingga ke hujung nyawa. 

10 tips kunci rumah tangga bahagia yang anda perlu tahu

#1 . Jangan cuba tukar sikap pasangan

Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan. 

Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. 

Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain. 

#2. Tidak berubah sebab orang lain

Kunci rumah tangga bahagia seterusnya adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan. 

Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya. 

#3 Buang perkataan 'bercerai' 

Ini sering terjadi pada pasangan yang masih 'jagung' dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai. 

Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja. 

Pokok pangkalnya, kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit. 

#4. Berkomunikasi antara satu sama lain

Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak 'menang' hingga anda merendahkan martabatkan suami. 

Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan kalian. 

#5. Cuba bertenang 

Bila bergaduh, anda pasti akan keluarkan perkataan yang tak senonoh atau kurang sopan. 

Maklumlah, darah tengah panas. Namun begitu, untuk kunci rumah tangga bahagia, sebaiknya anda tarik nafas dan bertenang dahulu barulah pemikiran berada dalam keadaan tenteram. 

#6. Ucap kata maaf 

Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf. 

Ia menampakkan anda cukup matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina. 

#7. Beri ruang pada satu sama lain 

Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada ketikanya, kita perlu relaks dan melakukan aktiviti sendirian.

Seperti suami, berikan dia ruang untuk melepak dengan kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Biarkan saja asalkan si dia tak berlaku curang di belakang anda. 

#8. Beri kepercayaan terhadap pasangan

Kepercayaan merupakan kunci rumah tangga bahagia. Jangan menuduh tanpa usul periksa jika anda merasakan ada kelainan pada suami.

Sekiranya rasa sangsi, tanyakan dahulu daripada serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa. 

#9. Elakkan membebel pada pasangan 

Biasalah isteri memang dilahirkan kuat membebel, tapi tak semua. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja.

Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya. 

#10. Jangan lupa hubungan kelamin 

Biasanya bila sudah ada anak, ada ketikanya pasangan suami isteri sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan rasa tidak perlu melakukannya. 

Sedangkan hubungan kelamin itu dapat mengeratan ikatan kasih sayang antara kedua-duanya. Selain itu, luangkan sedikit masa bersama-sama dan sesekali itu, cubalah buat surprise seperti berpelukan dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.

Sumber : theAsianparent Singapore 

    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan