Hampir terima surat mengandungi racun, Trump terlepas cubaan bunuh
WASHINGTON, 21 Sept — Pihak berkuasa sempadan menahan seorang suspek wanita kerana didakwa menghantar surat mengandungi racun risin ke White House.
Menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan NBC Chicago, seorang pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan berkata pada Ahad suspek ditahan ketika cuba memasuki Amerika Syarikat (AS) dari Kanada.
Pada Sabtu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS mengatakan siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.
Surat mencurigakan itu dikatakan ditujukan kepada Presiden Donald Trump. Surat itu berjaya dikesan pada awal minggu, menerusi dua ujian yang dilakukan mengesahkan terdapat kandungan racun berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.
Jurucakap Polis Diraja Kanada (RCMP) memberitahu CBC pada Sabtu “hasil siasatan awal mendapati bungkusan itu berasal dari Kanada.”
Menurut laporan media AS, wanita yang ditahan di sempadan AS-Kanada itu turut memiliki senjata.
MR : Nanti ada pula yang tiru di Malaysia
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Lepas tu tiduh iran untuk meraih undi pilihanraya presiden. Kapir lahanat.
BalasPadam