Header Ads

Header ADS

20 lagi jemaah tabligh Malaysia pulang dari India


Seramai 20 rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India, yang merupakan kumpulan kelima ahli jemaah tabligh selamat tiba di Malaysia pada 3.40 petang semalam.

Timbalan Menteri Luar Kamarudin Jaffar dalam satu kenyataan hari ini berkata dengan kepulangan 20 individu itu, kementerian telah membawa pulang seramai 144 daripada 189 ahli jemaah tabligh yang berada di India.

"Terdapat seramai 45 ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia yang masih berada di India dan sedang menjalani proses perundangan di beberapa wilayah di India iaitu New Delhi, Bihar, Telangana dan Tamil Nadu.

“Kementerian Luar memantau rapat perkembangan ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia di India dan berterusan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan hak dan kebajikan mereka terpelihara.

“Kementerian Luar juga akan meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India dalam usaha memudah cara urusan pulang baki 45 ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia yang masih berada di negara itu,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, seramai 124 ahli jemaah tabligh rakyat Malaysia telah dibawa pulang menerusi empat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana masing-masing pada 18, 22, 29 Julai dan 26 Ogos 2020.

Kamarudin yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 kementerian itu berkata semua ahli jemaah tabligh yang pulang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Stesen Kuarantin sejajar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat, terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan (KKM) atas kerjasama dalam menjayakan misi ini serta ucapan terima kasih kepada kerajaan India dalam membantu urusan kepulangan rakyat Malaysia.

#Sumber :  - Bernama  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.