Header Ads

ads header

Flash News

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang pernah aku tentang!


Banyak mahasiswa Melayu pada tahun 1970 an berdemonstrasi jalan raya menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Kerap kali Kuala Lumpur dan Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur dibanjiri Mahasiswa berdemonstrasi.

Namun tak banyak mahasiswa yang sedar bahawa mereka dimasukkan ke universiti dengan kuasa akta tersebut yang membolehkan sistem quota kemasukan mengambilkira merit sosio-ekonomi dilaksanakan.

Sebelum ada Akta 1971, bilangan pelajar Melayu di Universiti Malaya amat sedikit. Akta tersebut digubal selepas 13 Mei telah meletakkan perlantikan Naib Canselor di bawah kuasa DYMM Yang Di Pertuan Agong dengan syor Perdana Menteri.

Naib Canselor menjalankan kuasa YDP Agong bagi menyusun semula komposisi kaum mahasiswa universiti. Sebelumnya, kemasukan ke universiti adalah semata mata atas merit. Kuasa Naib Canselor amat besar, bertanggungjawab penuh kepada Perdana Menteri dan Agong. Akta Penidikan 1996 menurunkan taraf Naib Canselor daripada dijaga oleh PM kepada kuasa Menteri Pendidikan.

Pada tahun 1975 Akta itu di pinda bagi mengawal pergerakan mahasiswa yang banyak berdemonstrasi. Sekali lagi banyak orang menentangnya dan sesiapa menentang di gelar 'mahasiswa pejuang'. Juga, tak banyak yang sedar bahawa dengan keadaan kampus tak aman, negara lambat menghasilkan graduat bumitera bagi mengisi kedudukan strategik untuk mengimbangkan perwakilan kaum dalam agenda penyusunan semula masyarakat selepas 13 Mei.

Bagi menampung kekurangan itu kerajaan terpaksa berbelanja besar-besaran menghantar anak Bumiputera ke universiti di luar negara, terutamanya England dan Australia supaya mereka 'graduate on time'. Program itulah yang kemudian melahirkan jurutera, akauntan, saintis, surveyer, peguam, serta pensyarah universiti dan IPT dari kalangan bumiputera dsb.
___________
Jadual dipungut daripada thesis saya.
Nordin Kardi
#Sumber : FB   

MR :   60 % lebih tapi dalam mana-mana demo mereka tak nampak pun, kemana ya? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan