Header Ads

ads header

Flash News

Anwar ingkar nasihat Agong, kata PAS


PETALING JAYA:
Tindakan Anwar Ibrahim terus bermain politik dengan pengumuman mendapat sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan jelas menunjukkan presiden PKR itu ingkar nasihat Agong supaya pemimpin parti tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat masih berdepan Covid-19.

Pemimpin PAS Pusat Che Abdullah Mat Nawi turut menyifatkan dakwaan Anwar konon beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen Melayu-Bumiputera sebagai palsu.

“Dakwaan beliau mendapat sokongan kuat majoriti ahli Parlimen Melayu, Bumiputera untuk menyokong PH adalah dakwaan palsu kerana pimpinan Melayu Bumiputera amat sedar dan mengenali PH yang diberi peluang mentadbir negara selama 22 bulan.

“Malah, rakyat juga mengenali PH secara sungguh-sungguh dengan pengalaman 22 bulan itu,” kata ahli Parlimen Tumpat itu kepada FMT.

Beliau juga tidak menolak, kenyataan Anwar hanya strategi politik murahan pemimpin PH untuk mempengaruhi pengundi di Sabah yang akan mengundi Sabtu ini.

“Oleh kerana ‘mood’ rakyat Sabah begitu tinggi untuk memastikan kerajaan negeri yang akan dibentuk selepas PRN nanti adalah kerajaan yang bersama dengan persekutuan demi untuk kebaikan rakyat Sabah, PH terpaksa membuat kenyataan begitu supaya pengundi memberikan undi kepada Warisan.

“Ia strategi sangat dangkal dan mudah dibaca yang sudah tentu tidak akan mempengaruhi pengundi Sabah, apatah lagi kenyataan ini dibuat oleh Anwar yang sudah beberapa kali membuat kenyataan tidak tertunaikan seperti langkah Kajang, September 16 dan sebagainya,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Sabah supaya tidak termakan dengan permainan PH dan terus menyokong pembentukan kerajaan baharu yang mendokong kerajaan pusat.

Hari ini Anwar mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong.

“Pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara sambil memaklumkan beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini memberi peringatan tegas kepada ahli politik, kerana yakin rakyat akan terus erat, bersatu-padu, dan bersepakat jika tidak disogok dengan api permusuhan dan perpecahan.

Dalam titah diraja sempena pembukaan penggal ke-3 Parlimen ke-14 pada 18 Mei lalu, Sultan Abdullah bimbang polarisasi kaum masih wujud ketika ini, dan mahu sebarang bentuk provokasi, serta fahaman dan nilai yang bertentangan dengan norma, adat, dan undang-undang dibendung “sebelum ia merebak dan menjadi barah”.

“Biarlah perpaduan dan keharmonian bermula di Dewan yang mulia ini.

“Beta ingin menasihatkan supaya tidak mengheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu, ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang cukup sukar akibat pandemik Covid-19 ini,” kata Sultan Abdullah.

#Sumber : FMT   

MR :    Anwar ni dah meroyan, dia kira siapa


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Sepatutnya sebelum PN rampas kuasa kau kene ingatkan PAS dan geng2 khianat supaya jgn mengheret negara dalam kancah politik tak menentu.. bila kuasa dah ade kat ko pandailah plak nak pusing cakap macam2.. PAS buat semua boleh.. pihak lain buat semua salah.. macamane rakyat nak percaya cakap kau?

    BalasPadam
  2. komen BODOH 1052...RAMPAS KUASA?? ?MAHATHIR PUTAR LIDAH BERCABANG YANG LETAK JAWATAN TERLEBIH DULU UTK TEST MARKET SELEPAS ITU DAPAT SOKONGAN...SALAH SATU TERMAKAN SUMPAH LAKNAT KENCING RAKYAT DAN HINA ISLAM OLEH KAMU DAN SEKUTU DAPIG...MAKA DENGAN IZIN ALLAH P UNAH H ARAPAN BERKUBURR...ANWAR TERUS GILA DAN MUNAFIKNYA UTK JADI PM...ISTILAH SEKARANG SENDIRI GANTUNG DIRI ..MENYALAHKAN ORANG LAIN..22BULAN KHIANAT MANDAT DAN MUNAFIK MANIFESTO DAN HINA ISLAM

    BalasPadam