Header Ads

Header ADS

Istana Negara sahkan terima Anwar, Dr Wan Azizah menghadap Agong


KUALA LUMPUR, 23 Sept
— Istana Negara mengesahkan kebenaran permohonan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Namun majlis menghadap yang sepatutnya berlangsung semalam ditangguhkan ekoran Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah masih gering dan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, baginda menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih diancam wabak Covid-19.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

“Semoga kita dikurniakan keberkatan daripada Allah,” kata Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

“Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran yang berpanjangan.”

Anwar tengah hari tadi mengumumkan memiliki sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baru.

Katanya Istana Negara turut membenarkannya menghadap Al-Sultan Abdullah namun terpaksa ditangguhkan.

#Sumber :   FMT 

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Kalau ada lagi katak2 melompat elok bubar parlimen. Rakyat dah bosan sekarang

    BalasPadam
  2. Memang rakyat bosan dgn anwar..tggu bubar dun nk pangkah Pn

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.