Header Ads

ads header

Flash News

Apa sebenarnya strategi Zahid?


Semalam laut politik negara bergelora apabila Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat majoriti dari Ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri. Tidak terkecuali dikhabarkan beberapa Ahli Parlimen UMNO turut terlibat memberi sokongan.

Saya tidak ambil peduli sangat mengenai sidang media Anwar tetapi yang lebih menarik perhatian adalah kenyataan Presiden saya Ahmad Zahid Hamidi. Bagi saya ianya menarik dan strategik, nampak bijak jika diteliti secara halus dalam menukar haluan layar politik negara. Satu tindakan untuk mengingatkan kepada semua pihak terutamanya bagi kem PN iaitu “jangan main-main dengan UMNO”. Once bitten twice shy.

Salah satu rukun politik itu “no permanent friend and enemy”. Itu realitinya, dulu UMNO boleh terima PAS, kemudian PPBM dan tak nampak salah jika untukk terima Anwar-PKR demi ‘survival’ parti dan memberi pakej politik yang menarik dan kondusif. Kita jangan lupa dalam kem Anwar ada kekosongan tempat kerana tiada parti Melayu/Bumiputra yang mana UMNO boleh mengisinya utk PRU15.

Kenyataan YB Presiden menunjukkan UMNO adalah ‘kingmaker’ politik negara. Secara zahir parti UMNO tidak sokong Anwar tetapi tidak dengan Ahli Parlimen UMNO. Dua displin yang amat berbeza tetapi senjata politik untuk tujuan yang sama. “Kill or to be killed”. Cuma kita nak tahu siapa ayam-ayam sabung UMNO yang dilepaskan oleh Presiden.

Mungkin ramai ahli UMNO agak tersentap dengan kenyataan Presiden semalam tetapi InsyaAllah mungkin ada hikmahnya dan percayalah ada sebab musabab Presiden bertindak sedemikian. Saya pernah berkata sebelum ini politik itu “jangan lupa diri dan jangan lupakan diri”. Sekarang masanya jangan lupakan diri. Bertindak bijak dengan penuh seni politik. Wallauhalam.

Gulam Muszaffar
Ahli Akar UMBI UMNO
Bahagian Batu WP

23hb Sept 2020

MR :  Strategi atau terkenang bos lama?  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: