Header Ads

ads header

Flash News

Awas pesakit asma! Jangan sedut alat pelega lebih dua kali seminggu


PENGGUNAAN alat sedut pelega lebih daripada dua kali seminggu akan meningkatkan serangan asma.

Pengasas bersama Asthma Malaysia, Dr Helmy Haja Mydin mendedahkan penggunaan dan kebergantungan berlebihan kepada alat sedut itu tanpa rawatan ubat kawalan untuk merawat keradangan akan meningkatkan kadar morbiliti dan kematian.

Katanya, meskipun terdapat banyak bukti mengenai pengambilan alat sedut pelega yang berlebihan, namun kadar kebergantungan kepada alat itu masih berterusan.

Justeru, katanya, pemahaman terhadap alat sedut pengawal sebagai rawatan keradangan adalah amat penting.



"Kajian menunjukkan penggunaan alat sedut pelega secara berlebihan boleh menyebabkan kematian.

"Ini kerana penggunaan alat itu sahaja tanpa disusuli rawatan yang sepatutnya tidak menyelesaikan masalah asas.

"Jika pesakit hanya menggunakan alat sedut pelega, keadaannya akan berpanjangan dengan risiko komplikasi," katanya kepada pemberita, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Kempen Kawal Lelah Sebelum Parah yang dirasmikan oleh Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Tan Sri Jemilah Mahmood.

Mengulas lanjut, Dr Helmy menjelaskan disebabkan ketidakpatuhan dan penggunaan rawatan yang tidak betul, hanya enam peratus daripada pesakit yang mempunyai kawalan asma yang baik.

Dr Helmy yang juga perunding respiratori berkata laporan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dikeluarkan pada 2011 mendapati 6.2 peratus daripada penduduk Malaysia menghidap asma.

Tambah beliau, Health Facts 2017 pula melaporkan penyakit respiratori merupakan punca kematian kedua tertinggi di Malaysia.

"Sementara 339 juta orang di seluruh dunia dilaporkan mengidap penyakit tersebut," jelasnya.

#Sumber :   Astro 
  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan