Header Ads

ads header

Flash News

Bukan mahathir aje, Kit Siang pun terkejut Anwar mahu kerjasama dengan UMNO


KENINGAU –
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui beliau terkejut dengan pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa telah memperolehi sokongan hampir dua pertiga ahli Parlimen sekali gus untuk membentuk kerajaan baharu.

“Kenyataan yang dibuat Anwar hari ini (semalam) amat mengejutkan saya dan ramai orang,” kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri pada satu ceramah politik di sini semalam.

Katanya, sejak 14 September lalu, beliau sudah berada di Sabah dan kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah sebelum datang ke Sabah untuk membantu kempen calon-calon Warisan.

“Ketika itu Anwar memberikan jaminan kepada saya bahawa beliau tidak akan menghubungi mana-mana pemimpin UMNO seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Anwar juga kata beliau tidak menghubungi mana-mana pemimpin Pas dalam usaha mendapatkan sokongan semula daripada rakyat,” katanya.

Kit Siang mengingatkan Pilihan Raya Negeri Sabah adalah satu peperangan peringkat awal yang akhirnya akan mengubah suasana politik di Malaysia.

“Kini sudah bukan rahsia lagi apabila pemimpin-pemimpin UMNO ingin Parlimen dibubarkan segera kerana mereka yakin apabila bekerjasama dengan Pas, kemenangan akan memihak kepada mereka dan menjadi Perdana Menteri.

“Pemimpin-pemimpin UMNO tidak menghormati langsung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin pula sedar beliau akan menjadi mangsa pertama sekiranya Parlimen dibubarkan kerana selepas itu, tidak ada orang lagi yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

"Dalam Bersatu sendiri malahan ramai lagi pemimpin lain sekarang begitu mengidam mahu menjadi Perdana Menteri,” kata Kit Siang lagi.

#Sumber :   SH 

MR :  Politik meroyan, apa sahaja boleh dikira ok  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. ANWAR ketua MUNAFIK LEBIH RELA berbaiah denga KAFIRUN utk nafsu serakahya...TIBAI kami Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim@ ABAI asal bukan anwar ibrahim

    BalasPadam
  2. Sebelum ini,,pesalah liwat ni jata umno perompak,,lalu pesalah liwat bergabung dgn babi dap,,bila dah jd kerajaan, kerajaan pun,,merompak aset2 negara . Ketuanya ialah perompak tua mahathir,,ni yg betui2 perompak,,pesalah liwat jadi bodoh mcm lembu kurap,,tak bokeh jd pm kugak,,bila dah jatuh, dsh nak berpakat dgn perompak pulak, jntuk jadi pm?? Aoakah gilanya pesalah liwat ni, anak sendiri pun tolak dia,,apatah lagi rakyat...

    BalasPadam