Header Ads

ads header

Flash News

Apa sebenarnya tugas yang dilakukan oleh Duta Khas PM?


Ramai yang tidak tahu, apa sebenarnya tugas yang dilakukan oleh Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ?

Susuk tubuh ini acapkali menjadi tu tumpuan serangan dan kecaman mereka yang iri.

Hakikatnya, namanya di Malaysia, begitu dihormati oleh para ilmuan, malah beliau amat disegani di peringkat antarabangsa.

Ramai yang tidak tahu, Tuan Guru, sebenarnya telah lama menjadi orang penting dalam perkembangan politik di Timur Tengah.

Menjawat jawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia adalah antara bukti ketokohan beliau, sekalipun berasal dari wilayah nusantara ini.

Bermula lantikan rasmi, 2 April 2020, Tuan Guru memulakan tugasnya yang bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri mengenai pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai rakan perdagangan strategik negara-negara Timur Tengah.

Kerjasama tersebut melibatkan bidang Agama Islam, Pendidikan, Perdagangan dan Pelaburan.

Sebanyak 21 buah Negara, termasuk 5 Negara tambahan yang menjadi tumpuan Tuan Guru dalam menjalankan tugas yang besar ini.

Antara langkah awal yang telah diambil dan sedang berjalan ialah membina hubungan dengan wakil-wakil Negara terlibat.

Begitu juga kerjasama antara kementerian, agensi Kerajaan, NGO, termasuk Wisma Putra yang menjadi rujukan utama dalam melaksanakan tugas ini.

Kini, telah masuk 5 bulan berkhidmat, sebanyak 9 buah negara telah mengadakan pertemuan, menjalinkan kerjasama, mahupun perhubungan secara maya, dan jumlah itu bertambah dari hari ke hari.

Pelbagai isu dan bidang kerjasama dibincangkan. Pertemuan demi pertemuan, hubungan demi hubungan, kerjasama demi kerjasama, persidangan demi persidangan, dibuat bagi mencapai misi utama beliau, iaitu kesatuan dunia Islam, selain membantu Negara membangunkan ekonomi, sosial dan pendidikan.

Antara Negara yang pernah mengadakan kunjungan hormat dan menjalin hubungan, termasuklah Arab Saudi, Iran, Qatar, Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Afghanistan, sweden dan Singapura yang dihubungi melalui panggilan telefon.


Dalam kesibukan tugas sebagai Duta Khas, beliau terus komited mengisi program Kuliah Dhuha mingguan di Masjid Rusila, kampung halamannya, mengisi jadual padat sebagai Ahli Parlimen Marang, malah terus teguh mengemudi PAS sebagai Presiden, menjalinkan kerjasama politik bersama Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Semua tugas besar ini beliau galas dengan sebaiknya, dan saya sendiri menjadi saksi bahawa beliau menghabiskan begitu banyak waktu dan umurnya untuk perjuangan.

Beliau juga sentiasa optimis dan yakin dengan masa depan dunia Islam yang cerah.

Bekerjasama dengan semua pihak yang tidak menentang Islam, malah bersedia membuka ruang kerjasama dengan yang bukan Islam, kerana agama ini adalah agama keamanan dan perdamaian.

Tidak ada yang lebih beliau runsingkan melebihi keprihatinan beliau terhadap masa depan Islam dan umatnya.
Semoga Allah merahmati Tuan Guru, melimpahkan rahmat dan keberkatan dalam umur dan tindakan beliau, memberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan menyatukan umat Islam.

Najib Abd Karim

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Terima kasih atas catatan dan perkongsian ini.

    Jika mahu berjiwa besar, bacalah kisah2 mereka yg berjiwa besar.

    TGHH adalah antara tokoh pemimpin yg berjiwa besar. Tidak menjadi kudis buatnya sekadar dilontarkan cercaan peribadi namun akan terus bangkit pertahan andai Islam dijadikan bahan serangan. Ini jualah keperibadian Nabi Muhammad SAW yg menjadi idola TGHH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keperibadian nabi tak memaki.. tak menipu.. tak menghentam.. tak memfitnah.. tak guna dalil dan nas utk kepentingan puak2 sendiri.. nabi pun dulu berpolitik.. padahal musuh nabi lagi ganas macam Abu Jahal.. itupun nabi tetap istiqamah atas landasan akhlak Islam.. tak pernah plak baca sirah ada nabi maki2.. tipu2.. berat sebelah pada puak2 dia je.. keadilan dicampak ntah kemana.. semoga TGHH akan berubah dari tersesat disenja hari.. Aminnnnn...

      Padam
    2. Nasihat ni baik untuk PAN untuk berubah dari tersesat disenja hari.... Aminnn

      Padam
  2. Petunjuk Untuk Pemimpin

    Jika engkau ingin mengikuti petunjuk para imam (pemimpin);
    maka kuatkanlah dirimu untuk menerima musibah-musibah dengan jiwa yang tabah
    di waktu menghadapi tiap kepahitan;
    dan dengan hati yang sabar walaupun dadamu bergoncang.
    Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan,
    rahsiamu disembunyikan untuk hanya diketahui oleh Tuhanmu saja.
    Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup,
    mulutmu tersenyum, perutmu lapar,
    hatimu luka, pasarmu tiada sambutan,
    pangkatmu dipendam dan keaibanmu ditonjolkan.
    Saban harimu menelan perasaan pahit daripada pengaruh zaman dan teman,
    sedangkan hatimu menurut dalam kesedaran.
    Siangmu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira.
    Malammu tenggelam dalam keasyikan pada Tuhan.
    Ambillah kesempatan pada malam hari,
    jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali untuk mencari jalan.

    – Imam Al-Ghazali rm. Dipetik dari Kitab Minhajul Abidin.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik petunjuk ini saya setuju namun islam banyak petunjuk & panduan dari Rasulullah hingga sahabat2 baginda dan selepas dari itu (alim ulama'). Janganlah kita hukum seseorang itu sesat kerana tanpa ilmu sebab kadangkala terlihat sesat itu sebenarnya benar. Kalau salah tegurlah secara berhemah. Manusia tidak lari dari kesilapan. Waallahua'lam.

      Padam