Header Ads

ads header

Flash News

Bung gembira pembahagian jawatan Kabinet Sabah


KOTA KINABALU:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin berkata, beliau gembira dengan pembahagian jawatan dalam Kabinet negeri yang diputuskan hari ini.

Katanya, pertukaran portfolio membabitkan beliau dengan Timbalan Ketua PPBM Sabah Masidi Manjun bukan 1 isu sebaliknya hanya disebabkan masalah komunikasi.

“Ia bukan isu (pertukaran portfolio), cuma sedikit masalah komunikasi, kami gembira (pembahagian jawatan dalam Kabinet) dan kami sebahagian daripada kerajaan.

“Kini kami mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negeri dan rakyat Sabah, itu fokus utama kami,” katanya dalam sidang media di kediamannya di Luyang.

Pagi tadi, Bung yang juga timbalan ketua menteri dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan manakala Masidi yang turut dilantik timbalan ketua menteri sebagai menteri kerja raya.

Bagaimanapun, Hajiji dalam sidang media di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) mengumumkan pertukaran portfolio antara Bung dan Masidi.

Sementara itu, Bung yakin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mampu bertahan lama kerana wakil rakyat mereka khususnya dalam BN “cukup terlatih” supaya tidak berpaling tadah.

“Adun kami semua ‘cukup terlatih’ untuk menolak segala tawaran daripada pihak sebelah dan saya yakin mereka akan kekal.

“GRS juga adalah 1 pasukan yang kukuh dan saya yakin kami akan bertahan sebagai kerajaan lebih lama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bung berkata kerajaan negeri mungkin akan mewujudkan 1 kementerian berkaitan kesihatan susulan keadaan negeri ini sedang berdepan penularan wabak Covid-19.

“Beberapa kementerian mungkin akan diubah suai dan dibincangkan namun matlamat utama kami untuk menangani isu Covid-19 ini,” katanya.

#Sumber :  FMT  

 





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan