Muafakat anak muda penentu kemenangan PRU15
DEWAN Pemuda PAS Malaysia mengambil maklum berkenaan komunikasi media sosial yang berlaku di antara dua sahabat saya Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki dan Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Pemuda PAS menghormati pandangan dan perspektif yang diutarakan oleh keduanya dan melihat perkara sebagai sebahagian daripada proses kematangan dalam permuafakatan. Dalam usaha membentuk kesatuan yang kuat, sebuah kumpulan akan melalui 4 fasa utama iaitu forming (pembentukan), storming (pergeseran), norming (pembiasaan) dan performing (pencapaian kecemerlangan) dan kita sedang melalui fasa ke-2.
Kedua tokoh pemuda ini bukanlah insan yang biasa-biasa, masing-masing memiliki kekuatan dan kehebatan yang tersendiri. Kehebatan ini menjadi ketakutan yang dilihat oleh musuh politik seperti DAP dan sekutunya. Jika tokoh-tokoh anak muda ini boleh bersama dan bermuafakat secara matang, nescaya manfaatnya adalah untuk rakyat Malaysia, dan Pemuda PAS sentiasa mendokong perkara ini sebagai keutamaan.
Pemuda PAS dengan rendah hati mencadangkan perkara-perkara berikut kepada sahabat saya dan seluruh pemuda untuk berhadapan dengan cabaran fasa ke-2 ini iaitu:
1. Kembali fokus kepada tujuan penyatuan dan permuafakatan dibawah Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional
2. Kembali ke meja perundingan dalaman melalui platform Mesyuarat Pemuda Muafakat Nasional
3. Memberi kepercayaan kepada tampuk kepimpinan tertinggi parti masing-masing dalam apa jua keputusan yang dicapai
4. Mengelak untuk mengulas dan membicarakan berkenaan isu-isu sensitif yang melibatkan parti komponen MN dan PN khususnya di medan sosial.
5. Memainkan peranan untuk menenangkan pemuda-pemuda dan memperkukuh gerak kerja pilihanraya bagi memenangkan MN dan PN dalam PRU akan datang.
Suka Pemuda PAS mengingatkan bahawa rakyat Malaysia khususnya anak muda meletakkan harapan yang tinggi kepada MN dan PN untuk mengemudi Malaysia kearah kecemerlangan terutama dalam tempoh yang serba mencabar ini.
Justeru, memperkukuh muafakat mesti menjadi agenda utama semua parti dan mengelak pertelingkahan secara terbuka serta membuka pekung didada yang akhirnya menghakis keyakinan rakyat kepada MN dan PN. Semua ini membuka ruang kepada musuh untuk terus melaga-lagakan kita dan seterusnya lebih buruk merampas semula tampuk pemerintahan negara yang sedang berada ditangan kita. Adakah itu yang kita mahukan?
Akhir sekali, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. Semoga pelantikan YAB dapat membawa suatu harapan dan perubahan buat negeri Sabah di Bawah Bayu dan menjadi pemangkin kepada kemenangan Perikatan Nasional dalam PRU yang akan datang.
IR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
MR : Baca Malaysiakini terus spin - Mkini nak batu apikan antara PAS-UMNO
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tahniah Pemuda PAS
BalasPadamPemuda PAS pemikiran matang tip top
BalasPadam