Header Ads

ads header

Flash News

China rancang bina 380 kem tahanan Uyghur: Penyelidik


BEIJING, 6 Safar 1442H, Khamis
– China didakwa merancang untuk meluaskan rangkaian pusat tahanan etnik Uyghur di wilayah Xinjiang, menurut penyelidikan baharu dikeluarkan oleh badan pemikir Australia.

Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) pada Khamis melaporkan, pihaknya telah mengenal pasti lebih dari 380 kem tahanan bakal di wilayah itu, bagi menempatkan lebih daripada sejuta etnik Uyghur.

“Dapatan kajian ini bertentangan dengan tuntutan pegawai China bahawa semua pelatih dari pusat latihan kemahiran vokasional (kem tahanan) telah lulus pada akhir tahun 2019.


“Sebaliknya, bukti yang ada menunjukkan bahawa ramai tahanan yang kononnya berdepan dengan dakwaan jenayah dikurung di tempat di mana kawalannya lebih ketat,“ tulis penyelidik utama, Nathan Ruser.

Para penyelidik menggunakan imej rakaman satelit, akaun saksi, laporan media dan dokumen tender pembinaan rasmi untuk mengklasifikasikan kemudahan kem tahanan menjadi empat tahap, bergantung kepada kewujudan ciri keselamatan seperti dinding perimeter tinggi, menara pengawal dan pagar dalaman.

Ia mendapati sekurang-kurangnya 61 kem tahanan sedang dalam pembinaan dan pembangunan hingga Julai 2020.

Sementara itu, 14 kem tahanan tahanan dalam pelbagai peringkat pembinaan, sementara 70 lagi telah dipagar atau tembok perimeternya dikeluarkan.

ASPI berkata, lebih 90 peratus bangunan itu turut mempunyai kemudahan keselamatan bawah tanah.

Data berkenaan turut diambil daripada sebahagian daripada Institut Projek Data Xinjiang, yang merangkumi bukan hanya berkaitan rangkaian kemudahan kem tahanan, malah ia turut menghasilkan model animasi tiga dimensi (3D).

#Sumber :  -Agensi  

MR :   Bangsa lain jika majaroti mula menindas 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan