Header Ads

Header ADS

Langkah Meroyan Anwar kalau gagal macam 'bunuh diri'


Presiden PKR Anwar Ibrahim pada 23 September lalu, tepat seminggu setelah Hari Malaysia telah mengumumkan beliau mendapat sokongan mencukupi ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Ia mengingatkan kembali usaha serupa yang dibuat beliau 12 tahun yang lalu.

Pada malam Hari Malaysia pada tahun 2008, Anwar berkata kepada puluhan ribu penyokong di Stadium Kelana Jaya di Petaling Jaya bahawa Pakatan Rakyat, gabungan politik sebelum Pakatan Harapan, telah memperolehi jumlah ahli parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar menyebut mengenai mengambil alih kuasa sejak sebulan sebelumnya dan mengundang maklum balas Abdullah Ahmad Badawi perdana menteri ketika itu, yang pada 8 September menghantar 49 ahli parlimen BN ke Taiwan dalam apa yang dikatakan sebagai "lawatan sambil belajar".

Kenyataan bahawa Abdullah bertindak balas sedemikian menunjukkan memang terdapat rasa tidak puas hati di antara sekurang-kurangnya beberapa ahli parlimen BN yang mempertimbangkan untuk berpaling tadah.

Bagaimanapun, pengumuman terbuka Anwar juga bermakna perdana menteri ketika itu berusaha secara aktif untuk menyekat kemaraan langkahnya.

Dibayangi rancangan 16 September

Anwar, pada masa itu, mendakwa beliau mendapat sokongan sekurang-kurangnya 31 ahli parlimen BN selain 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat, yang memberi beliau majoriti mencukupi di kalangan 222 anggota Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, 16 September 2008 datang dan apa yang berlaku hanyalah kenyataan oleh Anwar yang ingin bertemu dengan Abdullah mengenai peralihan kuasa. Beberapa bulan lagi berlalu tetapi tidak ada yang menjadi kenyataan.

Anwar mungkin telah merancang sesuatu tetapi kegagalannya melemahkan semangat penyokongnya dan sejak itu beliau 'dibayangi' rancangan 16 September.

Oleh itu, tidak menghairankan kegagalan rancangan 16 September 2008 dibangkitkan lagi ketika Anwar membuat pengumuman terbarunya di Hotel Le Meridien di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga telah berusaha mendapatkan kembali majoriti selepas kehilangan kuasa dalam Langkah Sheraton.

Bagaimanapun, cubaan Dr Mahathir setakat ini tidak membuahkan hasil.

Mahathir juga antara pihak yang membangkitkan kejadian 12 tahun lalu ketika menyatakan keraguannya terhadap langkah terbaru Anwar itu.

Berbanding pada tahun 2008, Anwar kini berada di landasan yang lebih kuat untuk mendapatkan ahli parlimen mencukupi untuk berpaling tadah.

Pada 2008, Abdullah mempunyai majoriti 29 kerusi. Muhyiddin mempunyai tiga di Dewan Rakyat sekarang. Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat mempunyai 81 ahli parlimen. PH pula mempunyai 91 ahli parlimen di Dewan Rakyat sekarang dengan 12 MP lagi daripada Warisan, Upko dan PSB yang mungkin perlu diyakinkan.

Tetapi pengumuman Anwar pada 23 September lalu menyebabkan ahli parlimen yang mungkin berpaling tadah terdedah identitinya dengan beberapa MP Umno didakwa terpaksa menafikan mereka terlibat dalam langkah politik ini.

Kisah budak pengembala dan serigala

Walaupun keadaan semasa menunjukkan tidak terlalu sukar untuk Anwar mengambil alih kerajaan tetapi pertaruhannya juga lebih tinggi.

Kegagalan atau kejayaan langkah Anwar kali ini boleh membawanya ke puncak kuasa atau memudarkan harapan masa depan kerjaya politiknya.

Selama beberapa dekad, Anwar memainkan peranan penting dalam politik Malaysia.

Sejak zaman aktivis mahasiswa hingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kemudian bangkit menjadi timbalan perdana menteri dan jatuh serta bangun kembali sebagai ketua pembangkang, Anwar telah membuktikan dirinya sebagai ahli politik yang tahan lasak.

Kejayaan akhirnya akan menyaksikan Anwar mencapai cita-citanya untuk menjadi perdana menteri, impian yang sering kali terlepas daripada genggamannya selama beberapa dekad.

Gagal bukan pilihan Anwar

Pada akhir Februari, tidak lama selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan, Anwar meyakinkan sekutunya untuk menyokongnya sebagai calon perdana menteri berbanding Mahathir.

Ini selepas Mahathir mahukan kerajaan campuran yang tidak mengikut garis pendirian parti dan tidak terikat dengan manifesto pilihan raya umum ke-14 sekiranya beliau kembali berkuasa.

Yakin Anwar dapat mengatasi kekurangan sokongan ahli parlimen, Pakatan Harapan menyokongnya berbanding Mahathir.

Bagaimanapun, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akhirnya dilantik sebagai perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional yang baru selepas menewaskan Anwar dan Mahathir.

Selanjutnya, pengumuman Anwar pada 23 September menjadi cubaan kedua beliau untuk menjatuhkan kerajaan melalui penukaran sokongan ahli parlimen sejak 2008.

Anwar berpendapat sekarang adalah masa untuk mengembalikan mandat rakyat kerana PH yang menang PRU14 tetapi digulingkan oleh Muhyiddin dan sekutunya.

Tetapi satu lagi kegagalan boleh menjahanamkan kerana Anwar mungkin tidak akan dapat bangkit kembali.

Seperti kisah pengembala dengan serigala, tiada siapa percaya kepadanya lagi selepas menipu dua kali ada serigala menyerang ternakannya walhal tiada apa-apa yang berlaku.

Gerak-geri Anwar pada hari-hari dan minggu berikutnya ini akan diperhatikan.

MR :  Keranda untuk Anwar  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. jangan dilayan lama2 akan padam sendiri seperti arang lama2 dibakar lama2 akan padam dan menjadi debu

    BalasPadam
  2. Anwar sedang melawan dgn puak2 yg ada pangkat kuasa dan wang.. itulah yg terjadi dizaman Ahmad Badawi.. sokongan buat Anwar sudah cukup tapi akhirnya dibeli oleh BN kembali dgn harga yg mahal.. tiada daya Anwar utk melawan kembali dgn wang dan kuasa.. tapi sifat melawannya tidak pernah kenal putus asa.. sekarang pun nampaknya pasti akan terjadi skrip yg sama.. YDPA seolah2 bersekongkol utk melengah2kan Anwar masuk mengadap agar Muhyidin ada masa dan ruang utk membeli dan mengembalikan sokongan.. begitulah hebat dan takutnya PN, geng2 kartel, Bersatu , Mahathir dan raja2 melayu bila berhadapan dgn insan bernama Anwar Ibrahim.. Anwar sendiri tidak kisah kalau tindakan beliau membunuh dirinya kerana tindakan ini telah mula membuahkan beberapa hasil.. Mahathir umumkan tidak bertanding dalam PRU15.. huhu.. jelas dan jitu dia tidak akan menyokong Anwar sebagai PM.. ini bermakna Anwar automatik akan mendapat sokongan penuh tidak berbelah bagi dari Amanah dan DAP dan kemungkinan Warisan sebagai ketua.. itu belum lagi sebilangan pihak UMNO yg semakin meluat dgn tindak tanduk Muhyidin dan geng kartel Jemin yg memasukkan puak2 mereka utk menguasai jawatan2 penting diperingkat negeri dan persekutuan dgn mengetepikan PAS dah ahli asal Bersatu.. ini pasti memberi kelebihan pada Anwar.. bubarkan parlimen tidak akan byk membantu... akan ada lagi siri2 cubaan mengambil alih pemerintahan lepas pilihanraya... yg nyata Anwar masih lagi melawan.. dan akan terus melawan.. itulah erti sebenar perjuangan bagi Anwar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodohnya babi suruhan PH DAP ni. Dah kena tipu pun masih percaya lagi.

      Padam
  3. Apakah erti perjuangan jika pemimpin liberal yang sama telah berulang kali kencing pemimpin, ahli, penyokong dan rakyat dengan pelbagai janji palsu dan cerita dongeng sehinggakan sebilangan pemimpin, ahli dan penyokong hilang kepercayaan dan meninggalkan pemimpin liberal tersebut ?

    Bukankah ini perjuangan untuk mencapai matlamat peribadi pemimpin tersebut dan rakyat yang berdemonstrasi dan menjerit re for ma si di jalan raya menjadi batu loncatan sahaha ?

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.