Header Ads

Header ADS

Dahlah ahli ciput, begolak sesama sendiri.. Itulah nasib AMANAH parti pengkhianat


Hj Abd Latif Bin A Tambi dilantik sebagai Penyelaras DUN Gemencheh. Beliau merupakan Ketua Parti AMANAH Kawasan Tampin & sebelum ini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada YB Ahli Parlimen Tampin...

---

TAMPIN: Sekumpulan ahli akar umbi Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Tampin sepakat menolak kepemimpinan Ketua Amanah kawasan tersebut, Abdul Latif A Tambi.

 Kumpulan tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli tujuh cawangan Amanah di kawasan Tampin turut telah menubuhkan sebuah jawatankusa bertindak yang akan menghantar petisyen kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Tampin, Mahmud Abdullah berkata, petisyen berisi lebih 500 tandatangan itu merupakan langkah terakhir yang terpaksa diambil setelah segala isu dan nasihat yang diketengahkan sejak kemenangan PH di Parlimen Tampin pada pilihan raya umum lalu, tidak diberikan perhatian serius.

Mahmud yang juga Ketua Amanah Cawangan Gemencheh menjelaskan, sekiranya isu berkaitan kepemimpinan Abdul Latif terus dibiarkan, dibimbangi akan memberi kesan buruk kepada kredibiliti dan imej PH khususnya Amanah di kawasan Tampin. 

“Jika pengumuman dan penolakan ini tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada Pengerusi PH Negeri Sembilan, akan berlaku perkara tidak diingini seperti ahli Amanah Kawasan Tampin akan keluar beramai-ramai dari parti dan pembubaran cawangan Amanah di sekitar Tampin.

 “Kemenangan kerusi Parlimen Tampin oleh calon Amanah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum ini (Dr. Hasan Baharom) merupakan kemenangan daripada sokongan parti serta akar umbi dan bukannya bersifat individu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu, ialah, Naib Ketua 1 Amanah Tampin, Mohd. Ali Maarof.

Menurut Mahmud lagi, penolakan ahli akar umbi itu adalah mewakili tujuh daripada 18 cawangan Amanah Kawasan Tampin.

 “Cawangan tersebut ialah Cawangan Jelai 1-3 yang diketuai Pengarah PRU-14, Sharani Abd Rashid; Pekan Gemencheh; Felda Bukit Rokan; Desa Permai Tampin; Kampung Londah, Felda Pasir Besar dan Taman Pasir Besar.

 “Apa yang kami kesalkan, beliau telah melanggar perlembagaan dan pelantikan seseorang individu untuk jawatan penting seperti Naib Ketua kawasan tidak diperbincangkan bersama ahli jawatankuasa yang lain,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan mengesahkan akan bertemu dengan kumpulan berkenaan bagi cuba menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

“Biasalah dalam satu keluarga akan berlaku permasalahan yang tidak selesai, insya-Allah kita akan cuba perbaiki, saya akan bertemu mereka semua untuk mencari titik persamaan.

“Itu adat, di mana-mana pun berlaku, kalau Keadilan kita tahu sebelum ini lagi hebat, tapi Alhamdulillah sekarang berada dalam keadaan yang baik, itu biasa, ada masa-masa ia akan berlaku, tapi bagi saya kadang-kadang ia akan mematangkan ahli-ahli kita di bawah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban, hari ini.

#Sumber : UM    

MR : AMANAH akan jadi parti Progresif yang tak maju dan progresif..   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. AMANAH akan jadi parti progresif yg tak progresif ! Statement kelakar ni 🤣🤣🤣

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.