Header Ads

Header ADS

Pas akan umum calon PRN Sabah bersama rakan Pakatan Nasional (PN) kata Ahmad Samsuri


KUALA TERENGGANU –
Pas akan mengumumkan senarai calon yang akan dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah secara serentak bersama rakan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan untuk mengumumkan serentak senarai calon yang akan dipertandingkan pada pilihan raya itu dicapai hasil persetujuan bersama rakan-rakan lain di dalam gagasan tersebut.

“Buat masa ini Pas belum memuktamadkan lagi senarai calon dan masih lagi berbincang mengenai jumlah kerusi yang akan dipertandingkan pada PRN itu. Insya-ALLAH, apabila kita sudah perhalusi dan membuat keputusan baru kita akan maklumkan.

“Berdasarkan keputusan awal yang dipersetujui kita akan mengisytiharkan senarai calon itu bersama-sama dengan rakan-rakan parti lain yang telah membentuk gagasan bersama PN,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Eksesais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di jambatan angkat (drawbridge) di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Terdahulu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, isu pembahagian kerusi antara Bersatu, Pas, BN serta parti komponen PN yang lain bagi PRN Sabah akan diselesaikan pada pertengahan minggu depan.

Dalam perkembangan sama, Pas melalui Timbalan Presidennya, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka meletakkan harapan untuk bertanding di enam hingga 10 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

Tuan Ibrahim berkata, parti itu juga telah menyerahkan senarai calon kepada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional untuk keputusan akhir.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan menetapkan 26 September depan sebagai tarikh PRN Sabah manakala hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 September dan hari mengundi awal pada 22 September.

#Sumber :   SH 

MR : Dapat satu kerusi dah ok kepada PAS   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Indahnya perancangan Allah,,kita merancang Allah maha perancang,,kemelut politik msia skrg memberi faedah terbaik.kepada rakyat,,,jika takdir Allah pas menang kerusi dun sabah ia adalah anugerah terhebat buat seluruh rakyat sabah dalam kancah politik,,,in sya allah dengan adanya pas dalam.kabinet negeri penyelewengan akan beransur2 musnah,,,sabah bakal gemilang di bawah pn

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.