Header Ads

ads header

Flash News

Datuk Husam Musa Sepatutnya Dijadikan Presiden Amanah


Dalam Sinar Live pada 16 September 2020 Datuk Husam Musa telah menerangkan mengenai beberapa perkara yang telah beliau sendiri lakukan serta beberapa perkara yang sepatutnya AMANAH lakukan yang menunjukkan bahawa pemikiran beliau adalah jauh lebih terkehadapan berbanding pemimpin-pemimpin tertinggi AMANAH yang lain.

Tidak hairanlah bila Moderator Sinar Live, Haslina AR Kamaludin, membacakan komen daripada seorang penonton bernama Alias Zai yang berbunyi “Datuk Husam paling layak jadi Presiden AMANAH, bukannya Abang Mat, AMANAH perlu berani buat perubahan, Abang Mat perlu berjiwa besar (dengan berundur daripada jawatan Presiden AMANAH)”.

Memanglah pemegang jawatan Presiden AMANAH perlu dipilih di kalangan mereka yang menang sebagai Jawatankuasa Pimpinan Nasional dan memanglah Datuk Husam Musa tidak bertanding di dalam pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang lalu tetapi Perlembagaan AMANAH ini adalah buatan manusia yang bukan tidak boleh diubah jika ada kemahuan.

Semalam, 19 September 2020, melalui ucapan beliau dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kubang Kerian Datuk Husam Musa sekali lagi telah menunjukkan bahawa pemikiran beliau adalah jauh lebih terkehadapan berbanding pemimpin-pemimpin tertinggi AMANAH yang lain melalui beberapa pendedahan ke atas apa yang telah dan apa yang patut berlaku.

Antara perkara yang telah didedahkan oleh Datuk Husam Musa ialah mengenai tindakan beliau memaklumkan kepada pimpinan tertinggi AMANAH pada bulan April 2019 dan pada bulan Julai 2019 bahawa Kerajaan PH akan tumbang tetapi yang langsung tidak diambil berat oleh pimpinan tertinggi AMANAH sehinggalah Kerajaan PH benar-benar tumbang.
|
Kita ikuti kenyataan Datuk Husam Musa tersebut: “Saya telah memberikan pandangan saya kepada pimpinan tertinggi AMANAH bahawa Kerajaan PH akan tumbang seawal bulan April 2019. Boleh tanyalah pimpinan, saya tak boleh namakan dia pada pagi ini.

Bulan Julai 2019, sekali lagi saya jumpa mereka saya nyatakan pandangan saya, “Kerajaan tuan-tuan akan tumbang, tolonglah sebagai Menteri tuan-tuan buat sesuatu yang rakyat suka macam tindakan Erdogan di Turki dan jangan tersalah langkah macam Morsi di Mesir”.

Bulan Julai 2019, kali yang kedua. Kemudian kerajaan tumbang sungguh. Saya beritahu bulan April 2019 lagi, kerajaan tumbang bulan Mac 2020, hampir setahun, kalau nak buat persiapan sempat. Tapi pada masa itu orang tak percaya pandangan saya. Orang anggap ini mustahil.”

Kita tunggu dan lihat sahaja komen pimpinan tertinggi AMANAH mengenainya, jika ada.

Sumber: Ucapan Datuk Husam Musa dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kubang Kerian pada 19 September 2020 yang boleh ditonton di sini https://www.facebook.com/111802716860523/videos/3079815625474246/?v=3079815625474246

Kamarul Yusoff

MR :  AMANAH mulai pecah, dan Husam akan bertanding Presiden drp tak ada jawatan.. satu strategi bijak   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. 2 WATAK BADUT DAN SANTA KLAUSTER INI MEMANG TIDAK LAYAK MEMIMPIN

    BalasPadam