Header Ads

ads header

Flash News

Jika tiada semangat setiakawan, bubar sahaja PH, kata Pemuda PKR Sabah


PETALING JAYA:
Pemuda PKR Sabah menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk memberi laluan kepada Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri jika Anwar Ibrahim tidak mampu mendapat sokongan bagi menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) sebagai tindakan terdesak.

Ketua penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimi turut menyifatkan kenyataan Guan Eng seolah-olah “kemaruk” untuk berkuasa semula sehingga sanggup membelakangkan setiakawan Pakatan Harapan (PH).

“Jika beliau sudah tiada semangat setiakawan, bubarkan sahaja Pakatan Harapan. Ini kerana tindakan mereka sebelum ini pun seolah-olah membelakangi Pakatan Harapan.

“Lim Guan Eng sepatutnya fokus pada pilihan raya negeri Sabah, berbanding menyentuh soal perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Majlis Presiden PH sebelum ini secara jelas bersetuju bahawa Anwar adalah calon perdana menteri dan jika tidak mendapat majoriti, maka fokus berikutnya adalah mengukuhkan pakatan bagi mengambil semula mandat pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.

Razeef Rakimi

“Jika sebelum ini kita bersetuju Shafie Apdal sebagai calon ketua menteri Sabah, mengapa Guan Eng perlu mengeruhkan keadaan dengan mencadangkan Shafie sebagai calon perdana menteri?

Terdahulu Guan Eng mengulangi sokongannya kepada Anwar dan Shafie sebagai calon perdana menteri jika PH kembali berkuasa.

Dalam wawancara bersama FMT beliau berkata, presiden PKR dan Warisan tersebut tetap menjadi pilihannya untuk jawatan tertinggi kerajaan itu.

“Kami menyokong Anwar untuk mendapat jumlah (sokongan) itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya sebagai PM pertama dari Malaysia Timur,” katanya.

#Sumber :  FMT  

MR : Gabungan PH adalah gabungan kencing   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. PKR PARTI KHIANAT REFORMASI RAKYAT sekarang REFOBASI bersama P AKATAN H ANCING DAN P UNAH H arapan sentiasa MENGENCING HANCING PADA RAKYAT.

    BalasPadam