Header Ads

ads header

Flash News

Fitnah: Dr Kamarul Saman Hannah Yeoh RM5 Juta


Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, telah memulakan tindakan saman terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, dari DAP berikutan kecaman dan fitnahnya terhadap Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

Berikutan status pertanyaan “Tunggang Agama Untuk Menang PRN?” yang dimuat naik Dr Kamarul dalam Facebook beliau, Hannah pula telah memberi reaksi dengan memuat naik ulasan kecaman dan fitnah.

“Sekali lagi pensyarah UUM ini mahu mainkan sentimen politik perkauman dan agama. Ianya jelas dalam pelbagai kenyataan dan tulisannya yang beliau begitu bencikan DAP.

“Jangan lupa, pensyarah yang sama jugalah yang mengkritik buku saya ‘Becoming Hannah’ dan takut berdepan Tun Mahathir dalam forum anjuran Sinar Harian suatu waktu dulu.

“Bagi saya inilah satu-satunya ‘modal’ yang masih berbaki untuk dirinya – perkauman dan isu agama – yang telah biasa beliau gunakan di Semenanjung. Malang buat diri beliau, ini adalah Sabah, Negeri Di Bawah Bayu yang begitu meraikan dan menghormati kepelbagaian.

“Sentimen yang beliau mainkan bukan sahaja tidak diterima di Semenanjung dan kini di Sabah juga,” ujar Hannah.
Menurut Dr Kamarul, ekoran kecaman dan fitnah ini, para pengikut Hannah telah secara bergerombolan membuat pelbagai komen yang mengecam dan memfitnah beliau dengan seteruk-teruknya di laman Facebook beliau.

“Saya akur dengan nasihat peguam saya dan akan memulakan tindakan perundangan ke atas Hannah Yeoh pada hari ini juga,” ujarnya semalam.

Menurut peguam yang mewakili Dr Kamarul, penyataan fitnah oleh Hannah adalah sama sekali tidak benar seperti disiarkan pemimpin DAP itu yang secara nyata mahupun tersirat atau sangkaan dan tafsiran mengandungi banyak makna.

Antaranya ialah kenyataan Hannah itu menggambarkan Dr Kamarul menggunakan sentimen perkauman dan agama bagi meraih sokongan politik serta mempunyai rasa benci yang keterlaluan terhadap DAP.

Hannah juga cuba menggambarkan Dr Kamarul mempunyai rasa takut terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed, membuat analisa politik yang lemah serta mempersoalkan penggunaan simbol kebangsaan dan bahasa kebangsaan dalam kempen politik

Hannah juga, kata Dr Kamarul, menuduh beliau menggunakan bangsa dan agama sebagai modal untuk mengumpulkan sokongan politik di Semenanjung Malaysia dan kini sedang memperluaskannya ke Sabah.

Malah Hannah juga cuba menggambarkan Dr Kamarul sebagai ancaman kepada keharmonian kaum dan agama di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya serta menggugat keharmonian kaum dan menimbulkan perbalahan antara penganut agama berbeza.

Oleh itu, Dr Kamarul telah mengarahkan Hannah supaya membuat deklarasi dan permohonan maaf secara terbuka di atas segala fitnah dinyatakan menuntut ganti rugi sebanyak RM5 juta yang akan dibayar oleh Hannah terus kepada Dr Kamarul dalam tempoh 7 hari.

Dr Kamarul bulan lalu juga telah memfailkan saman terhadap 10 pemimpin DAP dan 10 pemimpin PAN, yang majoritinya adalah Ahli-Ahli Parlimen, serta portal berita Malaysia Dateline dan portal berita Malaysia Kini berikutan kecaman dan fitnah terhadapnya.

MR :   Baru nampak bijak sikit... ni biar aje kenyataan PH 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan