Header Ads

ads header

Flash News

Kertas siasatan projek rundingan terus belum dibuka - SPRM


KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengkaji jika ada unsur salah guna kuasa, berhubung projek rundingan terus yang diluluskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki, berkata SPRM belum membuka kertas siasatan isu itu kerana bukan mudah untuk mengenal pasti syarikat yang terbabit dengan rasuah dan salah guna kuasa dalam projek berkenaan.

"Perlu diingatkan bahawa bidang kuasa kami untuk menyiasat salah guna kuasa. Apa yang dimaklumkan itu berkaitan sesuatu perkara yang dibuat kerajaan PH dahulu tapi dalam Parlimen tidak disebut mengenai isu salah guna kuasa atau rasuah.

"Jadi, kami masih lagi mengkaji 101 projek ini. Kami tidak boleh memberi komen lanjut," katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada forum "Liabiliti Korporat: Adakah Anda Berisiko?" di sini, hari ini.

Pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan mengenai kerajaan PH meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus, ketika memerintah sebelum ini.

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan