Header Ads

ads header

Flash News

Hajiji paling sesuai ketua menteri, kata PBS


KOTA KINABALU:
Presiden PBS Maximus Ongkili gembira dengan keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencalonkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor sebagai ketua menteri, dengan berkata beliau “paling sesuai”.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata, keputusan berkenaan selaras cadangan dan pendirian PBS semasa pilihan raya negeri ke-16 manakala parti lain membuat keputusan berdasarkan keputusan pilihan raya yang baru berakhir.

“Kami (PBS) yakin, dengan sokongan ahli GRS, Hajiji akan dapat melaksanakan tugas dengan baik, berdasarkan pengalamannya yang luas sebagai bekas anggota kanan Kabinet negeri dan Adun selama 7 penggal,” katanya menambah Hajiji boleh menggunakan pengalamannya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata, PBS percaya Hajiji akan dapat menjunjung mandat diberikan oleh rakyat dan mengetuai Sabah sebagai ketua menteri kepada semua rakyat Sabah.

“PBS berharap dapat bekerjasama dengannya dan memberikan sokongan penuh dan kerjasama untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kami yakin kerajaan negeri yang baharu, bawah GRS, akan dapat menghasilkan pencapaian baru yang boleh dibanggakan.”



  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan