Header Ads

Header ADS

Hajiji terima surat jemputan majlis angkat sumpah dari Juhar


Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor petang ini menerima surat jemputan untuk menghadri istiadat mengangkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah.

Jabatan Penerangan Sabah berkata, Hajiji tiba di Istana Negeri kira-kira jam 4 petang tadi untuk menerima surat tersebut daripada Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin.

“Sejurus selesai penyampaian surat jemputan, Hajiji turut menghadiri raptai istiadat angkat sumpah yang akan berlangsung di dewan istiadat Istana Negeri pada jam 10 pagi esok,” kata kenyataan itu.

Turut hadir pada majlis penyerahan surat jemputan istiadat angkat sumpah itu ialah Setiausaha Sulit Tuan Yang di-Pertua Negeri, Abinan Asli.

Hajiji, 65, akan menjadi ketua menteri ke-16 Sabah selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh kerusi majoriti dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada 26 Sept lalu.

Dengan penyerahan surat berkenaan, kemelut mengenai siapa ketua menteri baru Sabah dijangka akan berakhir.

Sebelum ini dua nama dikemukakan kepada Juhar untuk dipilih. Selain Hajiji, nama Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin, turut dikemukakan.

Bagaimanapun GRS mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Hajiji sebagai ketua menteri.

Untuk rekod Sabtu lalu GRS - yang menggabungkan BN, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS) - memenangi 38 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan. Ia juga mendapat sokongan tiga Adun bebas.

Warisan Plus pula meraih 32 kerusi.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.